Image 4a

Kuala Lumpur – foodpanda Malaysia meraikan dedikasi dan sumbangan rakan penghantaran mereka menerusi acara yang dinanti-nantikan, ‘Durian Runtuh 2.0 – Anugerah Hero Tapau’ yang berlangsung di KL Gateway Mall. Acara ini dihadiri lebih 300 rider bersama keluarga, pengamal media dan rakan kongsi. Ia membuktikan komitmen berterusan foodpanda untuk mengiktiraf kepada para rider atas perkhidmatan cemerlang mereka.

Kemuncak acara ini adalah pengumuman hadiah berjumlah lebih daripada RM340,000, termasuk hadiah utama berupa pakej Umrah yang ditaja penuh untuk tiga pemenang bersama keluarga masing-masing, yang berjumlah lebih daripada RM108,000. Selain itu, seramai 196 rider turut menerima ganjaran jongkong emas berjumlah lebih daripada RM233,000 atas prestasi cemerlang mereka sepanjang tahun.

Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Tan Ming Luk, menzahirkan penghargaan beliau terhadap para rider. “Komuniti rider kami adalah nadi foodpanda, dan dedikasi merekalah yang mendorong kejayaan kami setiap hari. Menerusi ‘Durian Runtuh 2.0’, kami meneruskan tradisi buat kedua kalinya untuk mengiktiraf dan menghargai usaha gigih mereka. Acara ini adalah tanda penghargaan kami, dan kami berharap ia akan memberi inspirasi kepada rider kami untuk terus gigih memberikan perkhidmatan terbaik kepada komuniti di seluruh negara,” kata beliau.

Acara ini merupakan kesinambungan program tahunan ‘Durian Runtuh’ foodpanda yang memberi ganjaran kepada rider paling cemerlang dan berdedikasi. Ia juga menjadi platform untuk mengumumkan ganjaran Year-End Quest yang akan datang, sekali gus meningkatkan lagi motivasi para rider di seluruh negara.

Para pengunjung turut menikmati pelbagai aktiviti mesra keluarga seperti pertukaran beg, sesi pengambilan pekerja, kiosk aiskrim, kiosk makanan, kiosk foto, aktiviti kanak-kanak serta persembahan muzik langsung.

Acara ini juga disiarkan secara langsung bagi membolehkan rider dari seluruh negara turut sama memeriahkan sambutan, sekali gus memperkukuh semangat kebersamaan.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading