27549f4c74c621ec6dc8a34988b70c3f5e64c1fc39898

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu bakal menubuhkan Majlis Halal Terengganu (MHT) bagi memperkukuh pembangunan industri dan memudahkan urusan pensijilan halal dalam kalangan usahawan tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Ariffin Deraman berkata, penubuhan MHT telah dipersetujui pada peringkat awal dan akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri dalam masa terdekat untuk kelulusan rasmi.

“Kita sudah mengadakan beberapa mesyuarat dan merangka pelan strategik tersendiri bagi menjayakan inisiatif ini.

“MHT juga akan melibatkan pembinaan hab halal atau Halal Park yang lebih terancang bagi menyokong pembangunan industri berkenaan. Kita sedang mengenal pasti beberapa lokasi termasuk di enam kawasan Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) untuk diangkat kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Kesedaran Halal Negeri Terengganu dan Penyerahan Cek Skim Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (TUGAS) Kali Kedua 2025, di sini.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading