1

Kuala Lumpur – Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, genap berusia 100 tahun hari ini.

Dilahirkan pada 10 Julai 1925, Mahathir satu-satunya ahli politik yang pernah menjadi perdana menteri dua kali, dan mencatat rekod sebagai perdana menteri tertua di dunia apabila dilantik semula ke jawatan itu pada 2018. Dia juga perdana menteri Malaysia paling lama berkhidmat, iaitu selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003.

Namun, penggal keduanya dari 2018 hingga 2020 berakhir apabila dia dijatuhkan oleh pemimpin dalam partinya sendiri ketika itu, Bersatu. Pada PRU 2022, Mahathir tewas di kerusi Parlimen Langkawi dan hilang wang deposit.

Meskipun begitu, negarawan berusia seabad ini masih kekal aktif dalam politik tanah air sehingga kini.

Beliau bersekolah di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH), Alor Setar sebelum melanjutkan pengajian perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura.

Sebagai doktor kerajaan pada awal kerjayanya, beliau kerap merawat rakyat marhaen dan pengalaman dilalui membuka matanya terhadap keperitan hidup orang Melayu ketika itu.

Negarawan ini merupakan Perdana Menteri keempat Malaysia dan menyandang jawatan itu untuk tempoh yang paling lama dalam sejarah Malaysia dan Asia Tenggara, iaitu 22 tahun dari tahun 1981 hingga 2003. Pada 2018, Dr. Mahathir dilantik sekali lagi dilantik sebagai Perdana Menteri ketujuh.

Pelantikan Tun M sebagai Perdana Menteri ketujuh ketika itu menjadikan beliau sebagai pemimpin tertua di dunia yang memegang jawatan berkenaan.

Sepanjang tempoh menerajui negara, banyak sumbangan diberikan dengan salah satu legasi terbesar adalah Dasar Pandang Ke Timur selain Wawasan 2020.

Sepanjang era kepimpinan beliau, berlaku pembangunan mega dianggap ikonik seperti Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan projek kereta nasional, Proton.

Namun, Tun M juga diuji apabila berdepan krisis kewangan Asia sekitar 1997-1998.

Sebelum ini, Dr. Mahathir berkongsi rahsia beliau dalam memastikan tahap kesihatan diri sentiasa berada para paras maksimum dengan bersederhana dalam pengambilan makanan serta melakukan senaman.

Hasil perkahwinan Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah, pasangan tersebut dikurniakan tujuh cahaya mata.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading