41752117883_OpenAI

OPENAI, syarikat di sebalik ChatGPT kini dilapor akan memperkenalkan pelayar web dikuasakan kecerdasan buatan mereka dalam masa terdekat ini.

Ia dijangka akan diperkenalkan dalam masa beberapa minggu.

Melalui penawaran pelayar web, OpenAI akan menerima akses kepada data pengguna terus, dan menggunakannya dalam terus menambah baik model kecerdasan buatan mereka.

Pelayar web berkenaan juga dijangka akan mengubah bagaimana para pengguna melayari web bergerak ke hadapan, termasuk melaksanakan sejumlah tugasan pelayaran untuk pengguna melalui integrasi agen AI.

Pelayar web yang dibangunkan OpenAI ini dikatakan berasaskan kepada Chromium, enjin pelayar web sumber terbuka yang dibangunkan oleh Google.

Antara pelayar web yang menggunakan enjin berkenaan adalah termasuk Opera dan juga Microsoft Edge.

ChatGPT sedia mempunyai ratusan juta pengguna, dan sekiranya pelayar web ini menerima angka pengguna tinggi, ia sekali gus akan memposisikannya sebagai pesaing utama untuk Google, dan memberikan kesan kepada pihak Google sendiri.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading