IMG-20250719-WA0009

KUALA LUMPUR – UMTSEA Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh UMT Holdings hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama TAC Legacy Sdn. Bhd. bagi melancarkan kerjasama strategik dalam penyampaian program pensijilan profesional bertaraf global.

Kerjasama ini dirangka untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap tenaga kerja berkemahiran tinggi dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan, dengan memberi fokus kepada program latihan berpaksikan industri bermula dengan bidang teknologi digital dan teknologi awan (cloud) yang mempunyai impak tinggi terhadap pembangunan sektor pekerjaan masa kini.

Ketua Pegawai Eksekutif UMTSEA, Erwina A. Ghafar (kiri) dan Pengarah TAC Legacy Sdn. Bhd., Dato’ Sri Nor Ahmed Salih @ Anas Abdullah

Melalui MoU ini, TAC Legacy akan berperanan sebagai rakan penyampaian latihan, memanfaatkan hubungan strategiknya dengan badan pensijilan antarabangsa termasuk Amazon Web Services (AWS).

Manakala UMTSEA pula akan mengetuai usaha pengambilan peserta, promosi, serta penglibatan pihak berkepentingan dari sektor akademik dan korporat.

Ketua Pegawai Eksekutif UMTSEA, Erwina A. Ghafar berkata, “Kerjasama ini sejajar dengan visi negara untuk memperkasakan pembangunan bakat dan daya tahan ekonomi.

“Dengan berganding bahu bersama TAC Legacy, kami berhasrat untuk memperluaskan akses kepada pensijilan profesional dan menjadikan UMTSEA sebagai gerbang utama kepada peningkatan kemahiran yang relevan dan diiktiraf industri” katanya dalam sidang media di UMTSEA, Petaling Jaya.

Sementara itu, Pengarah TAC Legacy Sdn. Bhd., Dato’ Sri Nor Ahmed Salih @ Anas Abdullah berkata, “Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama kami untuk mempersiapkan rakyat Malaysia bagi menghadapi realiti ekonomi digital yang semakin mencabar. MoU ini menjadi asas penting dalam membina ekosistem latihan yang mampan dan boleh diperluas.

“UMTSEA merupakan institusi pendidikan pertama yang menawarkan kursus teknologi cloud dan pensijilan diiktiraf AWS” ujarnya lagi.

Perjanjian ini akan berkuat kuasa selama tiga (3) tahun bagi fasa pertama, dan merangkumi pelbagai inisiatif seperti pelaksanaan program pensijilan, penjenamaan bersama, serta penubuhan hab latihan sama ada secara fizikal mahupun maya.

Kedua-dua pihak turut menyatakan komitmen untuk meneroka peluang kolaborasi lain yang seiring dengan dasar negara serta perkembangan semasa dalam dunia industri dan teknologi.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading