KUALA LUMPUR – HUAWEI Malaysia melancarkan Siri HUAWEI Pura 80 dengan dua model iaitu Pura 80 Ultra dan Pura 80 Pro.
Menurut Pengurus Kempen Pemasaran Tiong Wenn Kae, kedua-dua model ini hadir dengan simbol Dazzling Forward dan corak Sunburst bercahaya serta tekstur berkilat yang anggun.
Pura 80 Ultra memperkenalkan kamera telefoto dwi boleh tukar pertama di dunia dengan fungsi zoom optik 3.7x dan 9.4x kali pada sensor 1/1.28 inci.
“Ia turut hadir dengan kamera HDR ultra 1 inci dengan 16 EV bagi gambar dan video berkualiti pada waktu malam.
Peningkatan cahaya tiga menjadi salah satu ciri terbaik HUAWEI Pura 80 Ultra bagi pengguna mencipta momen indah dalam suasana terang. – Foto HUAWEI Malaysia
“Model ini dilengkapi teknologi peningkatan cahaya tiga bagi mengawal pencahayaan dan bayangan potret belakang yang terang dan kontras.
“Bagi Pura 80 Pro pula, ia mempunyai ciri menarik kamera Ultra Lighting 1 inci dengan teknologi Ultra Chroma,” katanya pada Majlis Pelancaran HUAWEI Pura 80 Series di Pavilion, di sini, pada Khamis.

Ciri khas Kamera Telefoto Makro Ultra Lighting membolehkan pengguna fokus dekat kepada objek kecil tanpa menjejaskan kualiti gambar. – Foto HUAWEI Malaysia
Model ini hadir dengan Kamera Telefoto Makro Ultra Lighting dengan kebolehan fokus dekat, 5 sentimeter untuk butiran makro.
Siri Pura 80 juga memperkenalkan Kecerdasan Buatan (AI) generasi baharu dengan sistem seperti AI Messaging dan AI Removal.
“Pengguna boleh pratempah HUAWEI Pura 80 Series sekarang hingga 1 Ogos 2025 dari harga RM4,599 dan nikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM1,428, termasuk HUAWEI Freebuds Pro 4 dan Pakej HUAWEI Care+ selama 1 tahun.
“Alami sendiri kehebatan Pura 80 Series di Light & Shadow Pop-Up Event, yang sedang berlangsung di Pavilion KL Centre Court hingga 3 Ogos 2025,” jelasnya.

HUAWEI turut menawarkan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,428, HUAWEI FreeBuds Pro 4 dan Pakej HUAWEI Care+ selama 1 tahun. – Foto HUAWEI Malaysia
Untuk maklumat lanjut, kunjungi HUAWEI Experience Stores atau laman web rasmi HUAWEI.
