w2

KUALA LUMPUR – Isetan KLCC kembali beroperasi dengan wajah baharu selepas melalui transformasi menyeluruh, menandakan era baharu dalam dunia peruncitan. Dibuka semula di Suria KLCC, gedung serbaneka ikonik dari Jepun ini mengajak pengunjung untuk merasai pengalaman membeli-belah yang sepenuhnya diperbaharui dengan tema “Centred Around You”, di mana setiap ruang direka mengikut cita rasa dan gaya hidup pengguna moden.

Selepas renovasi besar-besaran, Isetan KLCC kini menampilkan enam tingkat baharu yang diperkaya dengan pengalaman menyeluruh, menjadikan setiap kunjungan lebih daripada sekadar membeli-belah.

“Pembukaan semula ini bukan sekadar perubahan fizikal, tetapi satu revolusi pengalaman membeli-belah. Isetan KLCC direka untuk mencerminkan gaya hidup masyarakat pada masa kini.

Era Baharu Peruncitan: Pengalaman Melebihi Produk

Isetan KLCC kini disusun mengikut zon gaya hidup dengan penekanan menyeluruh meliputi kesegaran dimana menampilkan koleksi musim terkini, pelancaran edisi terhad, dan inovasi produk. Seterusnya, ekspresi peribadi dengan Fesyen, wangian, dan kecantikan yang disesuaikan dengan identiti individu dan suasana mesra untuk membeli-belah, menjamu selera, dan meluangkan masa berkualiti bersama orang tersayang.

Di setiap tingkat, terletaknya ‘STAGE’ iaitu platform acara dan runcit pelbagai guna yang menampilkan konsep pop-up, kolaborasi artisanal, serta pelancaran eksklusif global.

Setiap tingkat mempunyai ruang jualan dengan jenama dan segmen tersendiri antaranya:

1) CF – Centre of Food Culture & Wellness: “Falsafah Hidup Untuk Makan, Ditingkatkan”. Merupakan syurga buat pencinta makanan dengan pilihan makanan Jepun, daging premium, hasil segar ladang. Dengan susun atur mudah untuk akses pantas dan segar.

2) GF – Centre of Beauty: “Kecantikan Anda, Didefinisikan Semula”. Tingkat kecantikan ini menampilkan jenama penjagaan kulit, kecantikan dan wangian mewah seperti Hermès Beauty, Burberry Beauty, NARS, Drunk Elephant, dan Chantecaille.

Selain itu, pengunjung boleh menemui wangian niche seperti Serge Lutens, Goldfield & Banks, Parfums de Marly dan Initio.

3) 1F – Centre of Fashion, Trend & Luxury: “Almari Gaya Anda, Diperbaharui”. Menampilkan fesyen pereka antarabangsa, aksesori bergaya dan barangan mewah harian antaranya; Iora, TRT, Monoloq, Sans & Sans, Megan (emas 916), Kaimirra Tutan (Ammolite), MiReal (berlian makmal) dan pelbagai jenama kasut serta beg seperti Fitflop, Melissa, Clarks, UGG, Samsonite.

4) 2F – Centre of Home, Modest Fashion & Lifestyle: “Gaya Hidup Anda, Ditingkatkan”. Mengangkat identiti pelbagai budaya Malaysia dengan fesyen modest dan gaya hidup kontemporari antaranya koleksi Calaqisya, Naelofar, Mimpikita dan peralatan hiasan rumah elegan.

5) 3F – Centre of Men’s Lifestyle: “Lelaki Serba Boleh Anda”. Direka khas untuk memenuhi keperluan lelaki moden. Antaranya Golf Zone, perkakasan renang dan aktiviti luar serta busana korporat seperti Bruno Merci, John Harold dan Guy Laroche.

6) 4F – Centre of Gathering: “Hab Keluarga Anda”. Ruang interaktif untuk keluarga dan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai koleksi mainan, pendidikan dan fesyen kanak-kanak. Selain itu, pelbagai keperluan bayi juga ada disini.

Pengalaman Isetan: Didefinisikan Semula

Pembukaan semula Isetan KLCC bukan sekadar satu kembalinya gedung ini, tetapi sebuah penemuan semula. Dengan kurasi teliti, daya tarikan silang budaya dan inovasi di setiap sudut, Isetan KLCC mengundang pengunjung untuk mengalami dunia peruncitan yang peribadi, relevan dan penuh kejutan.

Sama ada mencari wangian istimewa, inspirasi kesihatan, atau gaya fesyen yang mencerminkan identiti, Isetan KLCC kini menjadi destinasi utama buat semua.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading