2

Kuala Lumpur – Jenama fesyen tempatan terkenal, Christy Ng, telah membuka semula butik flagship mereka di pusat membeli belah MyTOWN selepas menjalani kerja-kerja pengubahsuaian selama beberapa bulan.

Pembukaan semula butik yang terletak di Lot G-032, bertentangan ZARA itu menandakan satu lagi langkah penting dalam perkembangan jenama yang terkenal dengan kasut dan beg tangan bergaya serta berkualiti tinggi.

Sebelum ini, Christy Ng menganjurkan siri roadshow bermula 8 Julai hingga 11 Ogos 2025 sebagai inisiatif sementara untuk terus memberi akses kepada pelanggan mereka semasa butik dalam proses renovasi.

Christy Ng, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat

“Kami amat teruja untuk mengalu-alukan pelanggan kembali ke butik utama kami di MyTOWN. Dengan wajah baru yang lebih moden dan ruang beli-belah yang lebih selesa, kami yakin pengalaman pelanggan akan lebih memuaskan,”.

“Pembukaan semula ini adalah satu langkah penting dalam perjalanan jenama kami. Kami bukan sahaja menaik taraf ruang fizikal, tetapi juga berusaha menawarkan perkhidmatan yang lebih bermakna kepada komuniti pelanggan kami. Kami harap anda akan menikmati pengalaman beli-belah yang lebih peribadi dan inspiratif di sini” kata Christy Ng, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu.

Butik ini kini menampilkan rekaan dalaman yang lebih segar, susun atur produk yang lebih teratur serta ruang pamer yang membolehkan pelanggan merasai pengalaman membeli-belah yang lebih eksklusif.

Sebagai sebahagian daripada pembukaan semula ini, Christy Ng juga menawarkan promosi istimewa dan koleksi edisi terhad, termasuk beg tangan rekaan khas yang hanya boleh didapati di butik MyTOWN.

Pembukaan semula ini dijangka menarik lebih ramai pengunjung ke pusat beli-belah MyTOWN, sekali gus memperkukuh lagi jenama Christy Ng sebagai salah satu peneraju fesyen tempatan di Malaysia.

Tambahnya lagi, jenama Christy Ng bakal menambah cawangan di Indonesia selepas kejayaan pembukaan butik pertamanya di Kota Kasablanka, Jakarta.

“Kami merancang melebarkan sayap ke Manila, Filipina pada tahun hadapan dan menjadikan ini sebagai negara jiran kedua selepas Indonesia bagi memasarkan produk Christy Ng, saya yakin jenama tempatan kita mampu tembusi pasaran luar dengan kualiti dan reka bentuk yang menarik” ujarnya lagi.

Christy Ng juga kini memasarkan produknya ke 50 buah negara melalui platform e-dagang dan menganggap kejayaan ini sebagai pemangkin barangan jenama Malaysia mampu sebaris jenama lain di pentas dunia.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading