03

Kuala Lumpur – Setiap detik dalam kehidupan, sama ada kecil atau besar, wajar diraikan. Dengan semangat ini, Nestlé La Cremeria melancarkan dua perisa aiskrim terbaharu Neapolitan Royale Stick dan ChocoBerry Royale Pint yang menjanjikan rasa mewah, lazat dan memikat hati.

Kempen ini turut diserikan dengan kehadiran Bella Astillah sebagai wajah baharu Nestlé La Cremeria. Personaliti beliau yang ceria, positif dan tulus amat selari dengan nilai jenama ini yang meraikan kenikmatan hidup dalam setiap detik.

“Bagi saya, Nestlé La Cremeria lebih daripada sekadar aiskrim. Ia adalah ganjaran kecil penuh kenikmatan yang menaikkan semangat dan mengingatkan saya untuk meraikan setiap detik,” kata Bella Astillah.

Gabungan Rasa dan Tekstur yang Mengasyikkan

Neapolitan Royale Stick menampilkan gabungan aiskrim vanila dan strawberi yang berkrim, disaluti coklat kaya, dan ditaburi pistachio rangup, kranberi masam manis serta granola unik. Setiap gigitan memberi pengalaman rasa yang seimbang – manis, berkrim dan rangup – menjadikan momen menikmati aiskrim lebih istimewa.

Sementara itu, bagi mereka yang gemar berkongsi kemanisan bersama orang tersayang, ChocoBerry Royale Pint ialah pilihan terbaik. Perisa gabungan aiskrim coklat dan strawberi yang kaya dan lembut, dilengkapi sos coklat pekat serta taburan coklat rangup, menjanjikan kepuasan dalam setiap suapan.

April Wong, Pengarah Eksekutif Perniagaan Nestlé Ice Cream Malaysia berkata, Nestlé La Cremeria komited dalam menyampaikan pengalaman menikmati aiskrim yang mewah dan memikat.

“Kami teruja memperkenalkan dua perisa baharu ini, dan lebih menggembirakan lagi, kami menyambut Bella Astillah sebagai sebahagian daripada keluarga Nestlé La Cremeria. Keaslian dan semangat Bella mencerminkan nilai kami – bahawa setiap individu layak meraikan diri mereka sendiri” katanya.

Festival Aiskrim Nestlé Kembali!

Sebagai tambahan kepada pelancaran ini, rakyat Malaysia dijemput untuk menyertai Festival Aiskrim Nestlé yang bermula Ogos ini. Festival ini akan menjelajah ke beberapa lokasi utama termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Johor Bahru. Para pengunjung berpeluang merasai sendiri perisa baharu Neapolitan Royale dan ChocoBerry Royale dalam suasana yang penuh kemeriahan dan keseronokan untuk seisi keluarga.

Sertai kemeriahan festival di lokasi-lokasi berikut :

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading