Putrajaya – Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68, Pusat Beli-Belah Alamanda di Putrajaya dan Mesra Mall di Kemaman kini rancak dengan kempen Merdeka yang penuh warna-warni. Kedua-dua pusat beli-belah ini menyemarakkan semangat patriotik dengan ganjaran istimewa serta pelbagai aktiviti bagi menyatukan komuniti dalam meraikan detik bersejarah ini.
PUSAT BELI-BELAH ALAMANDA
Pusat Beli-Belah Alamanda meraikan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-68 dengan kempen Merdeka sehingga 1 September 2025. Seluruh pusat beli-belah dihiasi dengan Jalur Gemilang, mewujudkan suasana meriah dengan pengalaman membeli-belah yang istimewa serta ganjaran eksklusif untuk para pengunjung.

- Ganjaran Merdeka: Pengunjung yang berbelanja RM500 ke atas dalam 2 resit di mana-mana
kedai terpilih akan menerima T-shirt edisi terhad Merdeka ke-68. - Ganjaran ’High Spenders’: Pengunjung yang berbelanja RM1,500 ke atas dalam 2 resit di
mana-mana kedai terpilih akan menerima T-shirt edisi terhad Merdeka ke-68 serta e-Baucar
Alamanda bernilai RM50.
MESRA MALL
Mesra Mall turut menganjurkan kempen Merdeka sehingga 8 September 2025, dengan hiasan bertemakan Hari Merdeka termasuk ruang foto dan paparan Jalur Gemilang yang menyemarakkan suasana patriotik di seluruh pusat beli-belah.
- ‘Shoppers Rewards Programme’: 500 pengunjung pertama yang berbelanja RM350 ke atas
dalam 2 resit di mana-mana kedai terpilih boleh menebus T-shirt edisi terhad Mesra Merdeka
2025. - Hadiah Istimewa Hari Kebangsaan: Pada 31 Ogos 2025, 100 pengunjung pertama di kaunter
Concierge pada jam 2.00 petang akan menerima pelekat kereta Jalur Gemilang.

“Sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-68, kami berbangga dapat berkongsi semangat Merdeka bersama para pengunjung di Pusat Beli-Belah Alamanda dan Mesra Mall. Kempen yang dianjurkan ini bertujuan menghargai pelanggan setia kami serta menyatukan semua dalam meraikan warisan dan perpaduan negara.
Kami menjemput orang ramai untuk bersama-sama memperingati detik bermakna ini serta menikmati ganjaran istimewa dan aktiviti menarik yang telah disediakan,” kata Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.
