MEITU_20250914_112855118

Sepang – Jenama ayam goreng tempatan, Ahmad’s Fried Chicken, terus berkembang pesat dengan pembukaan cawangan terbaharu di Kota Warisan, Sepang menjadikan ini outlet ke-44 untuk rangkaian tersebut. Pelancaran ini juga memperkenalkan menu khas terbaru mereka, iaitu “Burger Satay”.

Menu Inovatif & Sentuhan Tradisional

Majlis pelancaran dirasmikan oleh selebriti televisyen terkenal Datuk Aznil Haji Nawawi, yang turut merasmikan “Burger Satay”.

Menurut pengasas bersama Ahmad’s, Lailatul Sarahjanna Mohamad Ismail, 34, walaupun bermula secara kecil-kecilan, jenama ini semakin kukuh dengan inovasi berterusan dan usaha R&D agar pelanggan mendapat variasi menu yang sentiasa baharu dan menarik.

“Burger Satay direka khas dengan patty ayam yang diperap menggunakan ramuan sate asli dan serai, disertai kuah kacang pekat kombinasi rasa tradisional Malaysia yang dibawa ke dalam format moden.

Tambahnya, pembukaan cawangan di Kota Warisan ini merupakan yang ke 44 buah di seluruh Malaysia.

“Kami menyasarkan 80 buah cawangan menjelang akhir tahun ini termasuk restoran, mini restoran dan kiosk meliputi seluruh negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak” ujarnya.

Jenama Ahmad’s sekarang membuka peluang perkongsian perniagaan kepada usahawan yang berminat untuk terlibat sebagai rakan niaga.

Sementara itu, Datuk Aznil memuji Burger Satay baru ini sebagai satu inovasi “yang boleh pergi jauh”, menyebut rasa kuah kacangnya “lebih sedap daripada sebahagian sate yang pernah saya cuba”.

Beliau yakin jenama tempatan seperti Ahmad’s mampu menyaingi syarikat antarabangsa apabila menawarkan produk berkualiti dan konsep yang dekat dengan jiwa rakyat Malaysia.

Jenama ini terus mengukuhkan sokongan pelanggan dan rakan niaga yang telah memberi semangat untuk terus membawa inovasi dan memperkukuh pertumbuhan jenama Ahmad’s.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading