IMG_20250921_192659_598

Subang Jaya – Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM80,000 menerusi Dana Mikro Kreatif Selangor sebagai inisiatif awal menyokong perkembangan industri kreatif tempatan.

EXCO Keusahawanan, Mohd Najwan Halimi, berkata dana tersebut akan diagihkan melalui proses saringan ketat termasuk sesi pembentangan idea (pitching), dengan hanya 10 peserta terbaik dipilih menerima pembiayaan.

“Permohonan telah ditutup dan kita pernah maklumkan perkara ini melalui media sosial. Sebanyak 200 permohonan diterima dan kini sedang disenarai pendek untuk pemilihan akhir.

“Dana RM80,000 ini merupakan dana awal untuk tahun ini sahaja. Insya-Allah, tahun depan kita akan umumkan dana lebih besar dalam Belanjawan Selangor 2026 yang akan dibentangkan November ini,” katanya.

Najwan menjelaskan, sesi pemilihan akhir akan diadakan sempena Ekspo Kreatif Selangor 2025 (SCEE25) pada 23 dan 24 September ini.

Peserta akan membentangkan idea dalam empat kategori utama iaitu; Penciptaan kandungan digital, Animasi, Solusi kreatifdan Perusahaan sosial kreatif

Ekspo bertemakan “Reimagine Selangor: Creativity is the New Economy” itu turut memperkenalkan kerangka CRE8, meliputi dasar, pembiayaan, pentas persembahan dan pitching, serta padanan perniagaan.

“Seramai lebih 400 penyertaan dari kalangan pemegang taruh industri kreatif, pelabur dan agensi kerajaan bakal menyertai ekspo ini dan kita mengharapkan ia bakal menjadi penanda aras kearah peningkatan ekonomi budang ini” ujarnya lagi.

Sasaran Sumbangan RM20 Bilion Menjelang 2035

Acara yang berlangsung di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyasarkan kedatangan lebih 1000 dan bakal diperincikan menjadi acara tahunan dalam menyahut seruan kerajaan kearah enomi jingga.

Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada Pelan Tindakan Ekonomi Kreatif Selangor 2035, yang akan dilancarkan pada Sidang Dewan Negeri Selangor November depan. Pelan tersebut menyasarkan sumbangan industri kreatif mencecah RM20 bilion kepada ekonomi negeri menjelang 2035.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading