KUALA LUMPUR — Pelayaran halal mewah, IslamiCruise® 2026, bakal membawa pengalaman unik yang menggabungkan percutian antarabangsa dengan ibadah umrah menerusi pakej eksklusif Family & Friends 2026.
Program pelayaran 18 hari 16 malam itu menawarkan dua siri perjalanan:
Siri 1.0 (15 – 30 Januari 2026): Arab Saudi, Oman, Maldives, Indonesia dan Malaysia.
Siri 2.0 (3 – 18 Februari 2026): Malaysia, Indonesia, Maldives, Oman dan Arab Saudi.

Selain menikmati destinasi popular dunia seperti Maldives dan Oman, penumpang juga berpeluang menunaikan umrah di Mekah, sekali gus menjadikan ia lebih bermakna. Pelayaran Siri 2.0 turut dirancang berakhir bertepatan dengan ketibaan Ramadan 2026 bagi memberi pengalaman rohani yang lebih mendalam.
Pengalaman Patuh Syariah
Menawarkan konsep halalan tayyiban, IslamiCruise® memastikan setiap aspek percutian menepati garis panduan Islam. Antara tarikan utama ialah:
Menu antarabangsa halal hasil air tangan chef profesional.
Hiburan yang sesuai dengan nilai Islam. Persekitaran kapal bebas alkohol dan perjudian.

Pilihan Pelayaran Ringkas
Bagi mereka yang mahukan pengalaman lebih singkat, pakej Langkawi Getaway selama tiga hari dua malam turut disediakan, bermula dari Port Klang menuju ke Pulau Langkawi.
Lima agensi pelancongan dilantik sebagai pengurus tempahan rasmi: Andalusia, TH Travel & Services, Jay Ibrahim Travels, Rayhar Travels dan In Saff Travels & Tours.


Pihak penganjur menegaskan bahawa peluang ini mungkin “sekali seumur hidup” memandangkan belum ada jaminan pelayaran mewah Aroya Cruise akan kembali ke Malaysia selepas 2026.
