IMG_2510

BUTTERWORTH – Arena permotoran tanah air sekali lagi mencatat sejarah apabila Pulau Pinang menjadi lokasi penganjuran karnival permotoran terbesar utara tanah air, Northern Festival Of Speed (NFOS) yang berlangsung dari 3 hingga 5 Oktober di PICCA, Butterworth.

Acara anjuran Northern Speedo dan Choii Motorsports ini mendapat kerjasama penuh PMH (Perniagaan Mazlan & Hashimah) selaku penaja utama, selain sokongan daripada pelbagai jenama automotif, gaya hidup dan komuniti peminat kereta tempatan serta antarabangsa.

Gabungan Automotif, Hiburan & Gaya Hidup

NFOS menjanjikan pengalaman luar biasa dengan gabungan pameran automotif, gaya hidup, hiburan, dan aktiviti keluarga. Antara tarikan utama termasuk taxi drift, demo drift, car meet, car show, booth jualan merchandise, serta persembahan konsert daripada artis ternama seperti XPDC, Cherpen, 53 Universe, K.O.I dan ramai lagi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PMH, Izwan Mazlan, pihaknya berbesar hati menjadi penaja utama NFOS kerana percaya acara ini mampu merakyatkan sukan automotif dan menarik minat generasi baharu.

“Kami sanggup berbelanja besar untuk menjadi penaja untuk menjayakan aktiviti automotif yang bermanfaat ini dan dalam masa kami memang menyokong program anak muda serta merakyatkan program sebegini kepada semua golongan masyarakat yang meminati bidang automotif, kereta sekali gus akan memupuk minat kepada semua generasi, memberi peluang buat mereka menikmati pengalaman baharu melihat koleksi kereta-kereta yang “rare”, menarik yang datang dari pelbagai negara ini secara eksklusif.

Selain itu, PMH juga turut membuka booth pameran dan jualan kereta-kereta import recond (terpakai) dari luar negara. PMH Motor juga membawakan kepada anda, motosikal elektrik (EV) keluaran pengilang bumiputera iaitu model LION G1 GGR EV yang sedang melonjak naik permintaannya di tapak pameran di Picca, Butterworth.

Anda akan dapat melihat dan berpeluang pandu uji serta merasai sendiri pengalaman menunggang motosikal EV yang menarik ini.

Antara tarikan utama NFOS tahun ini ialah tawaran hadiah cabutan bertuah bernilai tinggi. Dengan hanya membeli tiket masuk RM15, pengunjung berpeluang membawa pulang tiga buah kereta sebagai hadiah utama iaitu:

Mercedes A-Class W177 (Unregister) bernilai RM200,000, Nissan 350Z dan Honda Civic FD.

Selain itu, acara turut dimeriahkan dengan pertandingan unik seperti limbo stance, 2-step competition, pelbagai permainan interaktif, dan pameran kereta eksklusif yang pasti mencuri perhatian pengunjung.

PICCA dipilih sebagai lokasi kerana kawasan yang luas dan strategik untuk menampung kehadiran puluhan ribu pengunjung. Acara ini turut mendapat sokongan komuniti dan pempengaruh automotif popular seperti Motor Maniac, Uncle Shah, Nim 199, Retro Havoc, Alie Kuoppa, Abe Mey Sarman Printing, Narock, Bateriku, ESR dan ramai lagi.

Kehadiran peminat kereta dari luar negara seperti Thailand dan Singapura membuktikan reputasi NFOS sebagai platform permotoran bertaraf antarabangsa.

Menurut penganjur, Faris Azri (Choii Motorsports) dan Muhammad Hadzimi (Northern Speedo), NFOS menyasarkan lebih 70,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran.

“Ini bukan sekadar karnival automotif, tetapi satu festival komuniti yang menyatukan peminat kereta, motosikal, dan keluarga dalam satu suasana penuh kemeriahan,” ujar mereka.

Kemuncak NFOS akan berlangsung pada Ahad, 5 Oktober, dengan acara penutup dan pengumuman pemenang hadiah utama cabutan bertuah. Program harian bermula jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam, memberi ruang luas untuk pengunjung menikmati pelbagai aktiviti tanpa henti.

Dengan gabungan dunia automotif, hiburan dan gaya hidup, Northern Festival Of Speed 2025 pastinya menjadi acara paling ditunggu-tunggu peminat permotoran tempatan dan antarabangsa.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading