CIMB-Clicks-CIMB-OCTO

CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad memaklumkan bahawa akan berlaku gangguan sementara perkhidmatan MyDebit pada bulan Oktober 2025 berikutan kerja-kerja penyelenggaraan berjadual yang telah dirancang.

Gangguan ini dijadualkan berlaku pada Selasa, 14 Oktober 2025 dari jam 12 tengah malam hingga 2 pagi.

Ia disusuli dengan dua hari berturut-turut iaitu pada Sabtu, 25 Oktober 2025 dan Ahad, 26 Oktober 2025 dengan masing-masing dari jam 12 tengah malam hingga 8 pagi.

Pihak pengurusan CIMB memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul sepanjang tempoh gangguan ini dan amat menghargai sokongan berterusan daripada para pelanggan.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pelanggan boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan atau melayari laman web rasmi bank.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading