Kuala Lumpur – vivo Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran vivo V60 Lite 5G, telefon hiburan serba lengkap yang direka untuk Hiburan Tanpa Henti. Direka khas untuk gaya hidup moden yang sentiasa aktif, vivo V60 Lite 5G menawarkan reka bentuk elegan, paparan imersif, keupayaan penggambaran canggih, prestasi yang boleh dipercayai, serta ketahanan bateri luar biasa — memberikan gabungan sempurna antara gaya dan prestasi untuk hiburan tanpa henti.
Reka Bentuk Elegan dan Premium
Dengan reka bentuk Skrin Rata Nipis serta reka bentuk ringan untuk keselesaan penggunaan berpanjangan, vivo V60 Lite 5G capai keseimbangan sempurna antara estetika dan ergonomik. Paparan AMOLED 6.77 inci dengan kadar segar semula 120 Hz, disahkan dengan HDR10+ dan kecerahan sehingga 3000 nits, memastikan paparan jelas walaupun di bawah cahaya matahari, serta menyokong Netflix HDR dan Amazon Prime Video HDR. Dilengkapi dengan nisbah skrin-ke-badan 94.2%, ia menawarkan visual yang luas dan menyerlahkan setiap kandungan. Ditawarkan dalam pilihan warna Pop Pink, Titanium Blue, dan Elegant Black, serta menampilkan Exquisite Transparent Camera Module, vivo V60 Lite 5G menyerlah dengan penampilan moden yang bergaya dan sofistikated.

Hiburan Berkuasa Tanpa Henti
vivo V60 Lite 5G ialah telefon hiburan terbaik yang direka untuk memberikan hiburan tanpa henti dengan prestasi berkuasa dan kapasiti yang besar. Dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 7360-Turbo (Gaming) Mobile Platform yang dibina menggunakan proses cip 4 nm berprestasi tinggi, peranti ini menawarkan peningkatan prestasi keseluruhan sehingga 60%. CPU 8-teras dengan reka bentuk heterogen menampilkan 4 teras prestasi dan 4 teras kecekapan, memberikan peningkatan prestasi multi-teras CPU sehingga 49%, manakala GPU pula menawarkan peningkatan 105%, memastikan keupayaan pemprosesan grafik yang jauh lebih hebat. Hasilnya, pengguna menikmati pelancaran aplikasi yang lebih pantas, permainan yang lebih lancar, serta keupayaan melakukan pelbagai tugas tanpa gangguan, sekali gus meningkatkan pengalaman penggunaan secara keseluruhan. Digabungkan dengan RAM 12GB, RAM lanjutan sehingga 12GB, dan storan 512GB, peranti ini menyokong prestasi lancar dan boleh dipercayai dalam pelbagai situasi — termasuk permainan mudah alih, menghasilkan kandungan, dan penggunaan aplikasi harian. Pengguna boleh memuat turun permainan dan filem HD tanpa risau kehabisan storan atau prestasi menjadi perlahan. vivo V60 Lite 5G turut menawarkan penggunaan lancar selama 5 tahun, memastikan aplikasi dan fail pengguna terus beroperasi dengan stabil walaupun selepas penggunaan jangka panjang.
vivo V60 Lite 5G turut menawarkan paparan dan bunyi yang imersif, dengan paparan AMOLED 120Hz yang menampilkan visual terang dan nyata, serta Pembesar Suara Dwi Stereo dengan tahap bunyi 400% lebih kuat bagi menghasilkan audio yang jelas dan bertenaga — sesuai untuk permainan, muzik, dan panggilan video. AI SuperLink memastikan sambungan rangkaian yang stabil dan boleh dipercayai walaupun dalam kawasan yang mempunyai isyarat lemah, disokong oleh antena omnidirectional 360° yang dioptimumkan untuk liputan isyarat menyeluruh. Wi-Fi Signal Boost meningkatkan kelajuan dan kestabilan sambungan Wi-Fi dalam keadaan isyarat lemah, manakala AI Network Selection pula mengesan keadaan rangkaian secara pintar dan menukar kepada sumber isyarat terbaik bagi memastikan pengalaman permainan, strim, dan panggilan video yang lancar tanpa gangguan. Bagi peminat permainan, Ultra Game Mode memperkenalkan pelbagai ciri khas seperti Game Boost Mode, Game Small Window, Esports Mode, dan Mistouch Prevention, yang direka untuk memberikan pengalaman permainan yang imersif dan tanpa gangguan.

Sistem Pengimejan Canggih
Sistem kamera ini direka dengan pelbagai fungsi, membolehkan pengguna merakam detik besar mahupun kecil dengan mudah. Kamera 50MP Sony IMX882 dengan sensor besar 1/1.95 inci dan AI Master Aura Light memastikan foto yang jelas, terperinci dan seimbang dari segi pencahayaan. Kamera swafoto 32MP HD pula menawarkan pengalaman potret yang lebih halus dan semula jadi, manakala Kamera Sudut Lebar 8MP 120° membolehkan pengguna merakam pemandangan, perspektif dinamik serta gambar berkumpulan dengan mudah. Gabungan tiga kamera ini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk mengabadikan setiap momen dan kenangan harian dengan kejelasan serta kreativiti.
Melengkapi sistem ini adalah ciri AI yang mempertingkatkan setiap rakaman. AI Erase 3.0 membolehkan pengguna memadam elemen yang tidak diingini dalam foto dengan mudah, manakala AI Reflection Erase membantu menghapuskan pantulan apabila mengambil gambar melalui permukaan lutsinar — menjadikan hasil gambar lebih jelas dan semula jadi hanya dengan satu sentuhan. Selain itu, AI Photo Enhance secara pintar menaik taraf imej beresolusi rendah kepada versi definisi tinggi, sementara AI Four-Season Portrait menambah sentuhan unik dengan pencahayaan, warna dan suasana berbeza mengikut empat musim, memberikan hasil potret yang menarik dan penuh gaya.

Bateri Tahan Lama dan Ketahanan Harian
Ketahanan bateri merupakan salah satu kekuatan utama vivo V60 Lite 5G. Dilengkapi dengan Bateri BlueVolt 6500 mAh, ia direka untuk mengekalkan Kesihatan Bateri selama 5 Tahun. Peranti ini menyokong 90W FlashCharge, membolehkan pengecasan penuh daripada 1% hingga 100% dalam masa hanya 52 minit. Dengan hanya 1% pengecasan selama 10 minit, pengguna boleh menikmati sehingga 6.6 jam tontonan YouTube atau 3.6 jam permainan Free Fire. Selain itu, Bypass Charging menyalurkan arus terus ke paparan dan pemproses bagi mengurangkan haba semasa penggunaan intensif, manakala 24-Dimension Security Protection memastikan penghantaran kuasa yang stabil dan selamat.
vivo V60 Lite 5G turut disokong dengan ciri Super Battery Saver yang apabila diaktifkan dapat mengurangkan penggunaan kuasa dengan ketara dan memanjangkan jangka hayat bateri. Selain itu, ciri Battery Life Extender memastikan pengguna masih boleh membuat panggilan penting walaupun peranti mencapai 0% dan hampir tertutup. Dengan sehingga 16 jam penggunaan aktif dalam satu pengecasan penuh, pengguna dapat menikmati penggunaan sepanjang hari dengan keyakinan penuh.
Direka untuk ketahanan dunia sebenar, vivo V60 Lite 5G dilengkapi dengan reka bentuk anti-jatuh yang menerima Military-Grade Certification serta SGS Five-Star Drop Resistance. vivo V60 Lite 5G menggunakan kaca pelindung dan struktur kusyen menyeluruh yang direka untuk menahan hentakan dan jatuhan harian. Dengan ketahanan yang cemerlang, vivo V60 Lite 5G turut memberikan keyakinan tambahan melalui ciri seperti Wet-Hand Touch, Greasy-Hand Touch, One-Tap Water Ejection, and One-Tap Dust Ejection. Malah, selepas 12 jam pendedahan berterusan kepada hujan, peranti ini kekal bebas daripada air, membolehkan anda bergerak atau menunggang basikal dalam hujan lebat tanpa kebimbangan.
Produktiviti Pintar Semasa Bergerak
Selain menekankan hiburan, vivo V60 Lite 5G turut dilengkapi dengan alat produktiviti pintar yang dikuasakan oleh Google Gemini. Ciri-ciri seperti AI Captions, AI Smart Call Assistant, AI Note Assist, dan AI Transcript Assist menawarkan kemudahan dan kecekapan yang dipertingkat untuk komunikasi dan pengurusan tugas berganda. Peranti ini juga menambah tahap privasi dengan ciri Block Spam Calls yang pintar, mengenal pasti dan menyekat panggilan yang tidak diingini seperti spam, penipuan, dan telepemasaran dengan pantas, memastikan pengalaman penggunaan lebih selamat dan bebas masalah.

Pra-tempahan vivo V60 Lite 5G dan Tebus Hadiah Bernilai RM1,199
Pelanggan kini boleh mendapatkan vivo V60 Lite 5G daripada RM1,199 untuk varian 8GB + 256GB dan RM1,499 untuk varian 12GB + 512GB. Pra-tempah sekarang untuk menebus hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1,199, termasuk vivo Buds percuma, Holiday Vibes Gift Set, waranti lanjutan 1+1 tahun, perlindungan retak skrin 1 tahun, waranti penutup belakang 1 tahun, serta waranti pelbagai rantau bagi memberikan ketenangan fikiran tambahan. vivo Malaysia juga menawarkan pilihan pembayaran fleksibel, termasuk penjimatan tambahan RM100 dengan Grab PayLater atau sPayLater, pelan ansuran 0% sehingga 24 bulan, serta penjimatan tambahan melalui trade-in apabila menukar mana-mana telefon lama. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki vivo V60 Lite 5G dengan ganjaran hebat ini. Kunjungi kedaivivo Concept Store terdekat hari ini atau ketahui lebih lanjut di https://www.vivo.com/my.
vivo Malaysia kekal komited untuk terus memperkasa reka bentuk dan teknologi bagi memperkayakan pengalaman harian pengguna, dan vivo V60 Lite 5G mengekalkan komitmen ini dengan menggabungkan ciri hiburan berkuasa, kejuruteraan tahan lasak, dan inovasi pintar dalam satu peranti.
