zz1

TIKTOK memperkenalkan Bulletin Board, saluran baharu dalam aplikasi yang membolehkan pencipta kandungan berkongsi secara langsung dengan pengikut.

Saluran ini berfungsi untuk memudahkan pencipta menyampaikan kandungan eksklusif sekali gus membina komuniti yang lebih kukuh di TikTok.

Sepanjang fasa beta, Bulletin Board digunakan oleh pelbagai pencipta termasuk artis, penerbit dan jenama terkenal untuk berkongsi kandungan masing-masing.

Sebagai contoh, pemuzik boleh memuat naik lagu atau album baharu kepada peminat dan menjemput mereka untuk pra-simpan sebelum pelancaran rasmi.

Selepas itu, peminat boleh menambah lagu atau album tersebut ke aplikasi penstriman muzik kegemaran mereka melalui ciri Add to Music App.

Untuk menyertai, peminat hanya perlu pergi ke profil pencipta dan klik nama Bulletin Board di bawah bio.

Mereka akan menerima notifikasi setiap kali pencipta membuat kemas kini dan boleh memberi reaksi dengan emoji.

*Seperti semua kandungan di TikTok, Bulletin Board mesti mematuhi garis panduan yang dikuatkuasakan melalui teknologi serta moderator manusia.

Alat keselamatan seperti mute, block dan report turut disediakan bagi memastikan pengalaman positif.

Bulletin Board kini dilancarkan secara global untuk pencipta berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dengan 50,000 pengikut atau lebih.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading