13

INSTAGRAM kini dilihat telah mengemas kini penawaran mereka, sekali gus membolehkan para pengguna memuat naik video berdurasi sehingga 20 minit melalui Instagram Reels.

Dengan penawaran ini, ia sekali gus membolehkan video lebih panjang dimuat naik ke platform berkenaan, dan pada masa yang sama membuatkan pengguna meluangkan masa yang lebih lama menonton video pada platform tersebut.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, Instagram menyatakan video yang berdurasi lebih 3 minit tidak akan dicadangkan kepada para penonton baharu berasaskan algoritma.

Sebaliknya, ia hanya diperlihatkan kepada penonton sedia ada sahaja untuk sesuatu akaun.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading