IMG_1557

Kuala Lumpur – Dua dekad selepas mengubah industri penerbangan Asia melalui AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun kini memberi tumpuan kepada sebuah misi yang jauh berbeza namun sama besar impaknya dalam memastikan bayi di seluruh dunia menggunakan lampin yang lebih selamat, bersih dan bebas bahan kimia berbahaya.

Beliau berkata industri barangan bayi, khususnya lampin, merupakan pasaran besar namun dibanjiri produk yang mengandungi pelbagai bahan kimia, terutamanya untuk mencipta corak dan warna yang menarik. Kesedaran itulah yang membawa beliau dan rakan-rakan pengasas kepada terbinanya MILK™ Baby Diapers, lampin tanpa bahan kimia berbahaya.

Dari kiri; Datuk Wira Shahrul Nazri Bin Abdul Rahim, Dato Abdul Mutalib Bin Alias, ⁠Dato Kamarudin Meranun, Mohamed Roslan Bin Ismail (CEO), Muhammad Asyraf Bin Khalid dan Ishraq Bin Kamarudin

“Ramai ibu bapa tidak sedar betapa banyak bahan kimia digunakan dalam lampin komersial. Lebih banyak warna, lebih tinggi risiko,” katanya pada pelancaran MILK™ di Kuala Lumpur Golf & Country Club.

Pendekatan minimalis MILK™ hanya dua warna, putih dan biru tanpa sebarang corak adalah komitmen baik terhadap keselamatan kulit bayi, bukan sekadar gaya reka bentuk.

Majlis pelancaran turut dihadiri pengasas bersama Dato’ Wira Shahrul Nazri Abdul Rahim, Dato’ Abdul Mutalib Alias, Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly, pengarah baharu Muhammad Asyraf Khalid serta Ketua Pegawai Operasi Mohamed Roslan Ismail. Turut memeriahkan acara ialah selebriti termasuk Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Izara Aisyah, Diana Danielle, Nabila Razali dan Tasha Shila.

Nama MILK™ dipilih sebagai simbol ketulenan bersih, suci dan semula jadi. Selaras dengan falsafah itu, lampin MILK™ dihasilkan melalui ujian ketat terhadap 728 potensi bahan kimia, bebas klorin, bebas pewangi dan tidak menggunakan pewarna karsinogenik. Ia turut disahkan dermatologi sebagai selamat untuk kulit sensitif.

Walaupun melalui proses penyelidikan intensif, MILK™ tetap dipasarkan pada harga mampu milik.

“Visi saya adalah memastikan semua keluarga bukan hanya golongan tertentu dapat menikmati kualiti premium yang benar-benar selamat,” katanya sambil menambah bahawa pendidikan ibu bapa tentang pemilihan lampin adalah sama pentingnya.

Dilancarkan secara rasmi pada 18 Januari lalu, MILK™ kini berada di 10 negara termasuk Malaysia, Vietnam, Kemboja, Taiwan, Singapura, India, Maldives, Oman, Rusia dan Brunei.

Dalam masa singkat, jenama ini sudah meraih tiga anugerah antarabangsa:

  • Rash-Free Diaper Product of The Year 2025 — Baby Innovation Awards (USA)
  • Best Rash-Free Diaper 2025 — Parenthood Parents’ Choice Awards (Malaysia)
  • Best in Certified Clean & Safe Baby Diapers — Parents World’s Best of the Best 2025 (Singapura)

Menurut Kamarudin, maklum balas yang diterima sangat positif.

“Setakat ini tidak ada aduan, yang ada cuma aduan stok cepat habis,” katanya lagi.

MILK™ kini menyasarkan pasaran 10 juta unit lampin, dengan perancangan agresif untuk berkembang ke 20 negara menjelang tahun depan.

Walaupun kini berada dalam industri berbeza, falsafah perniagaan Kamarudin kekal sama seperti ketika membangunkan AirAsia yang mementingkan fokus kepada skala sebelum keuntungan.

“Orang lain kejar untung, saya kejar skala. Kami baru beroperasi kurang setahun. Masih awal untuk bercakap tentang keuntungan,” jelasnya.

Beliau melihat banyak persamaan antara industri penerbangan dan industri barangan bayi. Jika AirAsia menjadikan penerbangan lebih mampu milik, MILK™ pula mahu menjadikan lampin premium yang benar-benar selamat mampu dimiliki semua keluarga.

Menariknya, beberapa pengedar antarabangsa MILK™ pada asalnya hanyalah pelanggan biasa yang mencuba produk pada anak mereka sebelum memilih menjadi sebahagian daripada rangkaian global MILK™.

Kamarudin turut menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan masalah kesihatan kanak-kanak masa kini, termasuk kes kanser pada usia muda. Beliau percaya pendedahan jangka panjang kepada bahan kimia harian mungkin menjadi salah satu faktor.

“Ini bukan sekadar soal lampin. Ini soal pendedahan jangka panjang terhadap bahan kimia. Dunia semakin sedar tentang kesihatan dan keselamatan. Kami mahu mendidik, memberi kesedaran dan melindungi,” katanya.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading