WhatsApp Image 2025-12-02 at 20.51.20

Kuala Lumpur – Melawati Mall menghidupkan kembali keceriaan hujung tahun dengan pelancaran kempen “Chromatic Christmas”, yang mengetengahkan keindahan cahaya prismatik, dekorasi mempesona serta pelbagai aktiviti interaktif buat seisi keluarga.

Tumpuan utama kempen ini adalah terowong Chromatic Christmas, terowong beriluminasi yang menampilkan pancaran cahaya berwarna-warni bersama zon bergambar Instagrammable. Ia dijangka menjadi lokasi wajib dikunjungi bagi merakam memori perayaan bersama orang tersayang.

Setiap hujung minggu, pengunjung akan disajikan dengan persembahan dan aktiviti langsung seperti tarian LED berkostum khas, sesi bergambar bersama karakter, serta bengkel kreativiti untuk kanak-kanak termasuk seni kraf manik dan pembuatan snow glow.

Bagi melengkapkan pengalaman perayaan, Bazar Krismas di ruang Centre Court pusat membeli belah ini turut menawarkan pelbagai jualan barangan, hadiah musim perayaan dan hidangan bermusim untuk pengunjung.

Melawati Mall turut menyambut pembukaan beberapa kedai baharu seperti Chagee, Luckin Coffee, Lapisan Patisserie, Clarks, Monster Art Studio, Swing! Baseball Batting Centre dan Card Dojo.

Pembukaan ini sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi gaya hidup dan membeli-belah utama komuniti setempat.

Majlis pelancaran ini juga menyaksikan penyampaian hadiah kepada pemenang kempen Shop Smart Win Smart sebagai penghargaan terhadap sokongan pelanggan. Dengan ganjaran menarik dan suasana perayaan yang meriah, Melawati Mall menjemput semua untuk meraikan hujung tahun dengan penuh keceriaan.

Dalam menyambut kemeriahan ini, Melawati Mall menawarkan penebusan barangan eksklusif edisi terhad antaranya Merry Charm, Merry Jar dan Merry Mist Purifier. Para pelanggan berpeluang menebus hadiah bergantung pada jumlah perbelanjaan dan ketersediaan stok.

Bagi pelanggan yang ingin menebus ganjaran eksklusif ini, perlulah berbelanja sehingga RM500 dalam 3 resit untuk menebus Merry Mist Purifier, RM180 2 resit untuk Merry Jar dan RM100 1 resit bagi Merry Charm (pilihan lima reka bentuk).

Sementara itu, turut diperkenalkan CapitaPlus, platform ganjaran baharu Melawati Mall yang menawarkan promosi eksklusif, tawaran perniagaan menarik dan pelbagai hadiah istimewa.

Ahli CapitaPlus berpeluang memenangi MacBook Air melalui kempen Chromatic Top Spender dengan hanya berbelanja minimum RM100 dan memuat naik resit ke aplikasi. Lebih tinggi perbelanjaan, lebih besar peluang untuk membawa pulang hadiah utama.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading