Meraikan penjagaan terpercaya selama 40 tahun SJMC menyatukan generasi melalui Kelab Alumni Hospital pertama di Malaysia

48 ahli pertama The Alumni Circle yang disahkan telah dijemput ke perhimpunan sulung kelab itu – Bengkel Pickleball yang membuka ruang untuk menjalin hubungan baharu sambil ahli mempelajari dan bermain sukan trending ini bersama-sama

Subang Jaya – Sempena ulang tahun ke-40 Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), hospital kami telah menubuhkan Alumni Circle by SJMC—keahlian percuma seumur hidup untuk individu yang dilahirkan di SJMC dan kini berusia 20 tahun ke atas. Inisiatif ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia oleh sebuah hospital, berfungsi sebagai platform rangkaian profesional eksklusif untuk individu kelahiran SJMC.

Dengan tujuan mewujudkan legasi yang meraikan warisan bersama serta mengukuhkan hubungan merentas generasi, komuniti unik ini akan menikmati akses kepada acara bermakna dan keistimewaan eksklusif hospital.

“Hospital kami ingin menghargai mereka yang memulakan kehidupan di sini,” kata Bryan Lin, Ketua Pegawai Eksekutif SJMC. “Bayangkan bayi-bayi yang dilahirkan sejak penubuhan hospital ini. Kini, mereka telah menjadi pemimpin, ibu bapa, atau profesional dalam bidang masing-masing. Keahlian ekslusif ini adalah cara kami memberi kembali kepada mereka, melangkaui sekadar penjagaan klinikal.”

Ahli-ahli yang telah berdaftar menyertai sesi CPR dan BLS semasa Karnival Kesihatan & Kesejahteraan SJMC ‘Timeless Together: A Day for All Generations’, memperoleh teknik menyelamat nyawa serta petua kesejahteraan penting daripada pakar paramedik SJMC.

“Selain meraikan ulang tahun ke-40, kami juga ingin meraikan alumni kami dengan mendekatkan mereka dalam sebuah komuniti yang dilambangkan oleh bulatan (Circle), sambil memupuk semangat kebersamaan. Detik bersejarah ini bukan sekadar sambutan; ia menandakan permulaan sebuah bab baharu yang mencerminkan tema kami, ‘Transforming Care: 40 Years and Beyond’. Kami berharap dapat memperkenalkan lebih banyak aktiviti menarik untuk mempromosikan kesihatan dan mengukuhkan hubungan dengan komuniti.

Keistimewaan Alumni Circle by SJMC:

  • Diskaun 30% untuk pakej saringan kesihatan terpilih
  • Diskaun 20% untuk bilik hospital dan katil terpilih (Single, Single Executive, Super Single dan bilik 2 katil sahaja)
  • Diskaun sehingga 10% untuk ubat-ubatan
  • Diskaun 15% untuk makanan dan minuman terpilih di Café 35
  • Akses awal untuk promosi baharu hospital
  • Jemputan eksklusif ke acara bermakna dan aktiviti sosial hospital
  • Promosi ekslusif daripada rakan kerjasama hospital
  • Hadiah hari lahir istimewa (Akan Datang)
  • Sewaan ruang Café 35 untuk pertemuan perniagaan (Akan Datang)

Untuk meraikan pelancaran keahlian ini, SJMC menganjurkan bengkel Pickleball pada awal Julai, menghimpunkan ahli-ahli pertama Alumni Circle by SJMC. Daripada 2,000 lebih pendaftaran, 48 alumni terawal dijemput sebagai peserta sulung dalam acara yang menggambarkan misi kami untuk menawarkan pengalaman gaya hidup sihat, melangkaui perkhidmatan kesihatan tradisional.

Selain belajar cara bermain sukan viral ini, para peserta juga berpeluang berkenalan dengan alumni lain, membina hubungan merentasi generasi. Susulan sambutan yang memberangsangkan untuk bengkel Pickleball, kami turut menganjurkan sesi latihan CPR dan BLS (Basic Life Support) semasa Karnival Kesihatan & Kesejahteraan SJMC “Timeless Together: A Day for All Generations” pada Oktober. Alumni yang berdaftar mempelajari teknik penyelamatan nyawa asas dan tip kesihatan daripada pakar paramedik SJMC sekali lagi menonjolkan komitmen hospital dalam memperkasakan komuniti melalui pengetahuan dan kemahiran praktikal.

Alumni Circle by SJMC adalah salah satu daripada beberapa inisiatif ulang tahun ke-40 hospital. Sebagai hospital tersohor multidisiplin 442 katil yang memenangi pelbagai anugerah, SJMC kini berkembang menjadi penyedia penjagaan kesihatan serantau yang terkemuka, menawarkan penjagaan komprehensif dan kompleks bertaraf dunia.

The Alumni Circle oleh SJMC menawarkan pelbagai keistimewaan yang dirumus khusus bagi menyokong kesihatan dan kesejahteraan sepanjang hayat.

Hospital kami turut tersenarai antara tiga hospital terbaik di Malaysia dalam Newsweek’s World’s Best Hospitals 2025, manakala perkhidmatan Onkologi, Kardiologi, Gastroenterologi dan Pediatrik telah disahkan sebagai Pusat Kecemerlangan oleh Australian Council on Healthcare Standards (ACHS) International yang pertama seumpamanya di rantau Asia Pasifik.

Pencapaian ini bukan sahaja meraikan empat dekad kecemerlangan perubatan SJMC, malah menegaskan komitmen hospital dalam memperkukuh penglibatan masyarakat menyampaikan penjagaan dipercayai dan memberi inspirasi kepada generasi demi generasi.

Beberapa acara eksklusif bakal dianjurkan pada awal 2026, memberi lebih banyak peluang kepada alumni untuk berhubung, beramah mesra dan meraikan ikatan istimewa mereka bersama. SJMC mengalu-alukan semua individu yang dilahirkan di hospital ini—termasuk mereka yang lahir pada tahun 2006 dan yang belum mendaftar—untuk mendaftar segera dan menikmati pelbagai aktiviti serta keistimewaan eksklusif sebagai ahli.

Untuk maklumat lanjut mengenai Alumni Circle by SJMC, layari laman web rasmi SJMC: https://subangjayamedicalcentre.com/privilege-clubs/alumni-circle.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading