IMAGE 1 (2)

Bagi ramai anak muda Malaysia, memiliki minat dan aspirasi adalah langkah pertama untuk membina masa depan. Namun, merealisasikan impian tersebut bukan mudah apabila perlu berdepan tuntutan pelajaran, kerjaya serta tanggungjawab kewangan.

Melihat jurang antara minat dan peluang yang boleh membawa kepada kerjaya lebih mampan, NESCAFÉ tampil menerusi “Projek Hidupkan Duniamu”, sebuah inisiatif pemerkasaan belia dengan komitmen pelaburan sehingga RM500,000 bagi membantu anak muda Malaysia mengembangkan minat mereka menjadi peluang yang lebih bermakna.

Inisiatif ini berteraskan Program Keusahawanan Belia NESCAFÉ (NESCAFÉ Youth Entrepreneurs Programme – NYEP), iaitu program intensif selama enam bulan yang menyediakan sokongan kewangan, bimbingan dan platform kepada peserta terpilih untuk membina serta mengembangkan perniagaan mereka sendiri.

Menerusi pendekatan tersebut, peserta bukan sahaja menerima bantuan kewangan bagi memberikan mereka ruang dan fleksibiliti untuk mengembangkan aspirasi, malah akan dipadankan dengan mentor yang boleh membimbing mereka sepanjang perjalanan. Mereka turut diberikan platform untuk berkongsi pengalaman dan kisah masing-masing, sekali gus memberi inspirasi kepada lebih ramai anak muda yang sedang berusaha merealisasikan impian mereka.

Langkah ini mencerminkan usaha NESCAFÉ untuk membantu golongan muda bergerak daripada sekadar mempunyai minat kepada membina sesuatu yang mempunyai potensi sebagai kerjaya dan sumber pendapatan yang lebih mampan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Singapura dan Brunei, Juan Aranols, penglibatan NESCAFÉ bersama komuniti dan barisan petugas hadapan di seluruh Malaysia telah membuka ruang untuk jenama itu menyaksikan sendiri ketabahan serta keazaman rakyat Malaysia dalam menghadapi cabaran dan mengejar perkara yang paling bermakna dalam kehidupan mereka.

“Namun, ia memerlukan akses kepada peluang yang boleh mendatangkan perubahan. Melalui Projek Hidupkan Duniamu, kami berharap dapat menyediakan anak muda Malaysia dengan keyakinan, sokongan dan peluang yang diperlukan untuk mengorak langkah signifikan ke arah masa depan mereka,” katanya.

“Projek Hidupkan Duniamu” turut diinspirasikan oleh kisah perjalanan, ketabahan dan keazaman yang diketengahkan menerusi kempen “Ngopi Dulu & Kekal Kental Bersemangat Bersama”, yang menghubungkan NESCAFÉ dengan komuniti serta barisan petugas hadapan di seluruh negara.

Berteraskan falsafah global NESCAFÉ Make Your World, inisiatif ini membawa mesej bahawa setiap individu wajar diberi peluang untuk mengejar aspirasi yang memberikan makna dan tujuan dalam kehidupan mereka.

Bagi anak muda yang ingin mengambil langkah seterusnya, permohonan NYEP akan dibuka mulai 1 Oktober, bersempena Bulan Kopi Antarabangsa. Pemohon perlu menghantar video TikTok berdurasi 60 saat yang menerangkan mengapa mereka layak menyertai program berkenaan.

Maklumat lanjut mengenai proses permohonan, kriteria pemilihan dan bentuk sokongan kewangan boleh diperoleh menerusi saluran media sosial NESCAFÉ Malaysia serta siri jelajah NESCAFÉ yang akan datang.

Sementara itu, bagi menyemarakkan semangat “Hidupkan Duniamu”, NESCAFÉ turut menganjurkan acara “Hidupkan Duniamu Bersama NESCAFÉ” dari 8 hingga 13 September di Lower Ground East Court, IOI City Mall Putrajaya.

Acara tersebut memberi peluang kepada pengunjung untuk berinteraksi dengan barisan petugas hadapan dan wakil komuniti yang mempunyai kisah inspirasi, selain menyertai aktiviti interaktif serta meneroka rangkaian terbaharu NESCAFÉ seperti NESCAFÉ Espresso Concentrate, NESCAFÉ Spanish Latte dan NESCAFÉ Tiramisu Latte. Turut hadir memeriahkan acara ialah rakan selebriti NESCAFÉ, Black Hanifah dan Yusof Hashim.

Inisiatif itu akan diteruskan menerusi siri jelajah “Hidupkan Duniamu Bersama NESCAFÉ” di beberapa lokasi lain termasuk Sunway Pyramid dan Queensbay Mall.

Menerusi usaha ini, NESCAFÉ bukan sekadar menggalakkan anak muda untuk mengejar apa yang mereka minati, tetapi berusaha menyediakan sokongan dan peluang yang diperlukan untuk mengubah minat tersebut menjadi langkah pertama ke arah masa depan yang lebih mampan.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading