WhatsApp Image 2025-12-20 at 22.54.33

KUALA LUMPUR – Industri hiburan digital tempatan menerima nafas baharu apabila Chop\\Sticks, sebuah aplikasi Karaoke Super App serba lengkap, diperkenalkan kepada umum menerusi pelancaran eksklusif bersempena Comic Fiesta 2025 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), hari ini.

Pelancaran awal yang berlangsung itu diadakan di Booth A071–72 dan 77–78, serta dibuka kepada semua pengunjung Comic Fiesta 2025. Inisiatif ini menandakan langkah awal Chop\\Sticks dalam memperkenalkan satu ekosistem hiburan digital yang menghimpunkan pelbagai fungsi karaoke dalam satu aplikasi mudah alih.

Chop\\Sticks dikenali sebagai sebuah Karaoke Super App yang mengutamakan kemudahan penggunaan, keterhubungan serta pengalaman pengguna yang lebih interaktif. Aplikasi ini menggabungkan ciri muzik, tempahan bilik karaoke secara dalam talian dan sistem ganjaran, sekali gus menawarkan pengalaman karaoke yang lebih tersusun dan moden.

Sepanjang acara berlangsung, pengunjung berpeluang mengunjungi booth Chop\\Sticks yang menampilkan pelbagai aktiviti interaktif, sesi pengenalan aplikasi serta peluang mencuba sendiri ciri-ciri utama yang ditawarkan.

Antara ciri tersebut termasuk keahlian percuma, pengurusan senarai lagu peribadi, rakaman persembahan karaoke, sistem pemarkahan Sing PK secara masa nyata serta fungsi permintaan lagu secara langsung.

Bagi menambah nilai kepada pengguna, Chop\\Sticks turut memperkenalkan sistem ganjaran yang merangkumi mata ganjaran, pulangan tunai terpilih, baucar digital dan e-stamp. Pelaksanaan sistem ganjaran ini akan diperkenalkan secara berperingkat mengikut fasa pembangunan aplikasi.

Selain itu, pengguna juga berpeluang menyertai misi, cabaran serta cabutan bertuah yang ditawarkan dari semasa ke semasa, disamping menikmati pelbagai kod promosi dan ciri e-gift yang akan diperluaskan selari dengan perkembangan platform.

Menurut pihak Chop\\Sticks, nama aplikasi tersebut membawa maksud “Quick to Attach”, yang melambangkan akses pantas serta hubungan berterusan antara aplikasi dan penggunanya. Ia turut mencerminkan inspirasi budaya Asia serta asal-usul karaoke, sejajar dengan aspirasi Chop\Sticks untuk berkembang sebagai sebuah ekosistem hiburan digital yang lebih menyeluruh pada masa hadapan.

Pelancaran eksklusif di Comic Fiesta 2025 ini menjadi platform penting bagi Chop\\Sticks untuk memperkenalkan pendekatan baharu terhadap pengalaman karaoke digital, dengan penekanan kepada elemen kemudahan, interaksi dan nilai hiburan yang lebih tinggi kepada pengguna.

Bersempena pelancaran awal aplikasi Chop\\Sticks yang berlangsung pada 20 dan 21 Disember 2025, pengunjung turut berpeluang menikmati tawaran istimewa berupa diskaun 50 peratus bagi caj bilik karaoke untuk tempoh terhad.

Selain itu, Chop\\Sticks turut memperkenalkan konsep Mini Studio, sebuah ruang karaoke moden berasaskan sistem daftar masuk kendiri (self check-in) yang menawarkan pengalaman hiburan lebih privasi dan efisien. Dengan suasana yang diinspirasikan daripada studio rakaman, pengguna boleh mengurus sesi nyanyian mereka secara kendiri serta memilih bilik mengikut keperluan individu atau kumpulan.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading