WhatsApp Image 2025-12-20 at 23.30.04

Putrajaya – Jenama restoran tempatan BIENZ terus mengorak langkah dalam industri makanan dan minuman (F&B) apabila membuka cawangan keduanya di Putrajaya, sekali gus mencerminkan perkembangan positif serta penerimaan kukuh pelanggan terhadap konsep dan menu premium yang ditawarkan.

Dikenali dengan sajian istimewa seperti pizza A5 Wagyu, BIENZ menjadikan pembukaan cawangan baharu ini sebagai sebahagian daripada strategi memperluas capaian jenama kepada pelanggan di luar Kuala Lumpur. Inisiatif tersebut juga bertujuan memudahkan peminat hidangan premium menikmati menu BIENZ tanpa perlu menempuh perjalanan jauh.

Menurut Pengasas Bersama BIENZ, Raffil Jamir, pemilihan Putrajaya sebagai lokasi cawangan kedua dibuat selepas menilai potensi kawasan tersebut yang semakin berkembang sebagai destinasi gaya hidup dan kulinari.

“Putrajaya mempunyai pasaran yang sesuai untuk konsep kami. Ia menawarkan keseimbangan antara suasana santai dan keperluan pelanggan yang menghargai kualiti makanan serta perkhidmatan. Kami melihat ini sebagai peluang untuk mendekatkan BIENZ dengan komuniti setempat,” katanya.

Pengasas Bersama BIENZ, Raffil Jamir

Dari segi reka bentuk dan konsep, BIENZ Putrajaya tampil dengan ruang yang lebih luas dan mampu menampung sehingga 150 pelanggan pada satu-satu masa. Susun atur ini direka khusus bagi memenuhi keperluan keluarga, kumpulan besar serta penganjuran pelbagai acara, termasuk perjumpaan sosial dan majlis korporat.

Mengulas perbezaan dengan cawangan pertama, Raffil menjelaskan bahawa BIENZ Putrajaya mengekalkan kualiti makanan dan servis yang sama, namun menawarkan pengalaman menjamu selera yang lebih fleksibel dan mesra keluarga.

“Kami mahu memastikan pelanggan mendapat pengalaman terbaik seperti di cawangan pertama, tetapi dalam suasana yang lebih lapang dan selesa. Ini penting bagi memenuhi keperluan pelanggan yang datang bersama keluarga atau rakan-rakan dalam kumpulan yang lebih besar,” ujarnya.

Selain mengekalkan menu sedia ada yang menjadi pilihan pelanggan, BIENZ turut memberi tumpuan kepada konsistensi kualiti serta penyampaian perkhidmatan di semua cawangan. Pembukaan cawangan kedua ini juga dilihat sebagai langkah awal sebelum jenama tersebut memperluaskan operasi ke negeri-negeri lain pada masa hadapan.

“Pada masa hadapan, kami bercadang luaskan rangkaian cawangan di selatan dan seterusnya ke negeri lain mengikut permintaan selain melakukan R&D untuk beberapa menu baru untuk mempelbagaikan pilihan pelanggan” tambahnya lagi selepas majlis perasmian cawangan keduanya itu.

Sajian istimewa, Pizza A5 Wagyu

Dalam masa sama, BIENZ turut merancang untuk menambah variasi menu bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan, selaras dengan perubahan citarasa dan permintaan pasaran.

Dengan pembukaan cawangan baharu di Putrajaya, BIENZ bukan sahaja mengukuhkan kedudukan sebagai jenama F&B tempatan yang menawarkan menu premium, malah membuktikan komitmennya untuk berkembang secara mampan sambil mengekalkan identiti dan kualiti yang menjadi kekuatan utama jenama tersebut.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading