14

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bakal melaksanakan transformasi utama dalam pengurusan duti setem negara melalui pengenalan Sistem Taksir Sendiri Duti Setem (STSDS) yang akan berkuat kuasa sepenuhnya bermula 1 Januari 2026.

Langkah ini menandakan peralihan wajib kepada model “digital-first”, di mana pembayar cukai perlu mentaksir dan membayar duti setem secara dalam talian melalui portal rasmi MyTax.

Transformasi Digital Menyeluruh

Pelaksanaan STSDS ini menggantikan sistem terdahulu dan memerlukan semua urusan penyeteman dilakukan menerusi modul e-Duti Setem di portal MyTax.

Selaras dengan perubahan ini, portal Stamp Assessment and Payment System (STAMPS) yang sedia ada akan ditamatkan perkhidmatannya selepas 31 Disember 2025.

Menurut LHDNM, inisiatif ini merupakan sebahagian daripada reformasi untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran cukai serta menggalakkan pematuhan sukarela dalam kalangan pembayar cukai dan ejen.​

Pelaksanaan Secara Berfasa

Peralihan kepada sistem penaksiran kendiri ini akan dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan kelancaran operasi.​

FasaTarikh PelaksanaanJenis Suratcara
Fasa 101 Januari 2026Sewa / Pajakan, Sekuriti  dan Penyeteman Am
Fasa 201 Januari 2027Pindah Milik Harta Tanah (tidak melibatkan nilaian JPPH)
Fasa 301 Januari 2028Selain daripada kategori suratcara dalam Fasa 1 dan 2

Selain itu, LHDNM turut menegaskan bahawa bermula tarikh yang sama, semua kontrak pekerjaan wajib disetemkan dengan kadar duti tetap sebanyak RM10 bagi setiap kontrak. Majikan diingatkan untuk mematuhi peraturan ini bagi mengelakkan penalti lewat penyeteman.

Persediaan Pembayar Cukai

Bagi memastikan urusan tidak tergendala, pengguna sistem STAMPS sedia ada dinasihatkan untuk mengaktifkan ID MyTax mereka dengan segera sebelum tarikh kuat kuasa.

Di bawah sistem baharu ini, pembayar duti bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan ketepatan pengiraan dan pembayaran duti setem mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Maklumat lanjut, layari portal rasmi LHDN

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading