XIAOMI mula menawarkan kereta elektrik kepada pengguna di China sejak 2024.
Pada 2025, syarikat itu memperkenalkan satu lagi model di bawah jenama mereka.
Setakat ini, Xiaomi dilaporkan mengeluarkan lebih 400,000 kereta elektrik kepada pembeli di China sepanjang 2025.
Xiaomi kini mempunyai dua model, iaitu SUV YU7 dan sedan SU7.
Dengan penawaran dua model ini sahaja, Xiaomi mencatatkan rekod tersendiri dengan pengeluaran melebihi 400,000 unit.
Dengan pencapaian tersebut, Xiaomi dijangka meningkatkan sasaran bagi 2026.
Menurut laporan awal, syarikat itu akan memperkenalkan dua lagi model baharu sebelum memperluaskan penawaran ke pasaran global.
