WhatsApp Image 2026-02-20 at 12.01.21

Kuala Lumpur –  Dododots, jenama penampal jerawat yang lahir dengan bangganya di Malaysia dan terkenal dengan rekaan yang ceria, menonjol serta pendekatan trend-setter dalam penjagaan jerawat telah memperkenalkan pelancaran terbaharunya: Dododots Food Series Patches, yang kini boleh didapati secara eksklusif di Watsons Malaysia.

Siri makanan ini merupakan satu perayaan terhadap cinta terbesar seluruh dunia iaitu, makanan. Setiap rekaan penampal mengubah snek kegemaran ramai, makanan ‘comfort’, serta hidangan nostalgia menjadi patch hidrokoloid yang comel dan berwarna-warni, sekaligus menjadikan hari kulit bermasalah sesuatu yang lebih manis, lebih menyeronokkan, dan penuh dengan identiti.

Siri makanan ini membuat kemunculan rasmi pada Januari 2026 di 350 cawangan Watsons di seluruh negara serta di kedai atas talian Dododots.

“Matlamat kami untuk siri ini sangat ringkas: untuk mencipta sesuatu yang dapat dikenali serta-merta oleh semua orang dan membuat mereka tersenyum,” kata Ethan dan Esther Wong, pengasas Dododots. “Makanan menyatukan kita. Ia membawa kegembiraan, keselesaan dan kenangan. Jadi kami fikir, mengapa tidak menyalurkan kebahagiaan itu ke dalam penjagaan kulit juga? Dari situlah lahirnya Siri makanan ini. Kami teruja untuk peminat akhirnya menikmatinya, dan lebih teruja lagi untuk melancarkannya bersama Watsons.”

Siri makanan terdiri daripada tiga rekaan berbeza iaitu Crazy A-Bao-T You, Slice Slice Baby, dan Nice Buns Hun, kesemuanya merupakan penampal jerawat edisi terhad yang diperbuat daripada hidrokoloid. Direka dengan motif makanan yang comel, penampal ini bukan sahaja menceriakan mood pemakai, malah memberikan manfaat penjagaan kulit sebenar: meratakan jerawat, melindunginya daripada bakteria, serta membantu mempercepatkan proses pemulihan.

Dododots (disebut doh-doh-dots) diasaskan oleh  Esther Wong dan Ethan Wong, yang kedua-duanya membesar dengan masalah jerawat. Berbekalkan latar belakang dalam bioteknologi perubatan, biologi alam sekitar dan mikrobiologi, mereka melancarkan jenama ini pada tahun 2021 semasa pandemik, sekali gus memperkenalkan patch jerawat hidrokoloid berwarna sepenuhnya yang pertama di Malaysia. Misi mereka adalah untuk membantu orang ramai berasa yakin, gembira dan selesa dengan kulit sendiri dengan sentuhan keseronokan tambahan.

Sejak itu, Dododots telah berkembang pesat di Malaysia, Singapura, Vietnam, Thailand serta boleh didapati di Watsons, Guardian, 7-Eleven, FamilyMart, platform e-dagang utama, dan juga mesin layan diri jenama ini yang terletak di Sunway Pyramid, Paradigm Mall JB, Plaza Singapura di Singapore and Melbourne Central di Australia.

Dododots Food Series akan dijual dalam pek individu pada harga runcit RM18.00 setiap pek, tertakluk kepada stok yang ada, dan boleh didapati secara eksklusif di kedai Watsons Malaysia serta kedai dalam talian Dododots.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading