Kuala Lumpur – Festival Raya yang dinanti-nantikan saban tahun, Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya (ABxFGR), kembali pada tahun 2026 dengan skala penganjuran yang lebih besar dan lebih meriah bersempena ulang tahun kelima penganjurannya. Selepas mencipta sejarah sebagai Expo Festival Raya Terbesar di Malaysia yang diiktiraf oleh The Malaysian Book of Records pada tahun 2024, edisi kali ini menyaksikan satu lagi pencapaian penting apabila festival ini melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa.
Dianjurkan secara bersama oleh My Events International dan Absolut Events & Management, ABxFGR 2026 tampil dengan konsep jelajah tiga lokasi utama yang strategik, sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai festival raya paling ikonik di rantau ini.
Buat julung kalinya, ABxFGR memulakan jelajahnya di luar Malaysia dengan memilih Brunei Darussalam sebagai destinasi antarabangsa pertama. Festival ini akan berlangsung di BRIDEX Convention Centre dari 27 Februari hingga 1 Mac 2026.
Seterusnya, festival ini bergerak ke utara tanah air di Penang International Convention & Exhibition Centre (PICCA) pada 6 hingga 8 Mac 2026, sebelum acara kemuncak diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) dari 13 hingga 16 Mac 2026.
Seperti tradisi tahun-tahun sebelumnya, kemuncak di MITEC akan berlangsung selama 66 jam tanpa henti, bermula jam 12.00 tengah hari, 13 Mac sehingga jam 6.00 pagi, 16 Mac 2026 satu pengalaman membeli-belah raya yang unik dan luar biasa.
Rekod Pencapaian Membanggakan Sejak 2022
Sepanjang empat tahun penganjuran, ABxFGR telah merekodkan pencapaian yang memberangsangkan, antaranya:
- RM61.5 juta jumlah hasil jualan
- 2,432 tapak reruai
- 7.96 juta pengunjung
- 334 vendor makanan dan minuman (F&B)
- Lebih 400 selebriti terlibat
- 125 rakan penaja rasmi
- Lebih 3,500 usahawan dan 700 jenama tempatan

Menurut Pengarah Urusan Absolut Events & Management, Nur Ali Nadzwan berkata, kejayaan ini bukan sahaja mengukuhkan status ABxFGR sebagai festival raya pilihan utama rakyat Malaysia, malah turut memberi impak positif kepada ekonomi negara serta membuka peluang perniagaan yang luas kepada usahawan tempatan, khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Pemilihan Brunei sebagai hentian antarabangsa pertama juga dilihat sebagai langkah strategik dalam memperluaskan pengaruh jenama ABxFGR dan meneroka potensi pasaran baharu di negara tersebut.
“Absolut Bazaar sentiasa memberi tempat kepada perniagaan PKS sebaris jenama besar dan secara tidak langsung meningkatkan peratusan perolehan perniagaan mereka.
“Ini merupakan satu peluang membantu meningkatkan industri PKS di kalangan masyarakat” katanya.
Sokongan Padu Rakan Penaja Ternama
Penganjuran ABxFGR 2026 turut mendapat sokongan pelbagai jenama terkenal. Antara rakan penaja utama termasuk:
- SPayLater sebagai Kaedah Pembayaran BNPL Rasmi
- Bank Rakyat sebagai Bank Rasmi
- Power Root sebagai Minuman Eksklusif
- REV Media Group sebagai Media Rasmi
- Cik B Salmon Skin sebagai rangupan rasmi
- Sugar Bomb sebagai wangian rasmi
- Ombak exclusives sebagai percetakan rasmi
Selain itu, pelbagai jenama lain turut sama memeriahkan festival ini, menjadikan ABxFGR sebagai platform pemasaran dan promosi yang berprestij menjelang Aidilfitri.

Bagi memenuhi keperluan pengguna moden, ABxFGR 2026 memperkenalkan kaedah pembayaran “Buy Now, Pay Later” (BNPL) melalui SPayLater. Inisiatif ini dijangka memberi kemudahan dan fleksibiliti kepada pengunjung untuk membuat persiapan raya tanpa beban kewangan secara sekaligus.
Kerjasama ini diyakini mampu meningkatkan pengalaman membeli-belah agar lebih mudah, selesa dan tanpa batasan.
Tarikan Eksklusif di Setiap Lokasi
Setiap lokasi menawarkan kelainan dan tarikan tersendiri antaranya; Aktiviti Grab The Gold di Brunei, Human Claw Machine di Kuala Lumpur dan Money Chamber di Pulau Pinang,
Selain itu, pengunjung turut berpeluang menikmati jualan Happy Hour dengan tawaran istimewa, persembahan artis terkenal tanah air, kemunculan selebriti dan usahawan ternama dan pelbagai aktiviti interaktif untuk seisi keluarga
Gabungan hiburan dan pengalaman membeli-belah ini menjadikan ABxFGR bukan sekadar festival jualan, tetapi sebuah acara gaya hidup menjelang Hari Raya.
“Kami menyasarkan 2 juta kedatangan pengunjung sepanjang ABxFGR tahun ini dan bagi pelbagai kemudahan ditambah baik bagi memudahkan orang ramai.
“Diharap orang ramai yang ingin datang dapat merancang masa dan perjalanan sebaiknya” jelasnya lagi.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif CSR, pihak penganjur akan meneruskan tradisi menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan termasuk anak-anak yatim dan persatuan ibu tunggal. Inisiatif ini diharap dapat diteruskan sebagai amalan tahunan dalam menyemarakkan semangat kebersamaan dan keprihatinan menjelang Aidilfitri.
ABxFGR 2026 terus komited menjadi platform utama untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan usahawan tempatan kepada pasaran yang lebih luas. Dengan penyertaan ribuan usahawan dan ratusan jenama, festival ini bukan sahaja merancakkan ekonomi, malah mengukuhkan ekosistem perniagaan tempatan.
Orang ramai dijemput untuk mengikuti saluran media sosial rasmi ABxFGR bagi mendapatkan maklumat terkini, jadual acara serta pengumuman khas sepanjang tempoh penganjuran.
Dengan skala lebih besar, lokasi lebih meluas dan pengalaman lebih menarik, ABxFGR 2026 dijangka sekali lagi mencipta fenomena sebagai festival raya paling berpengaruh dan dinanti-nantikan di Malaysia serta rantau sekitarnya.
