Kuala Lumpur – IOI Malls mengalu-alukan kehadiran anda sekeluarga untuk menikmati kemeriahan Hari Raya Aidilfitri dengan persembahan hebat, bengkel interaktif dan ganjaran istimewa yang disediakan di IOI City Mall Putrajaya, IOI Mall Puchong, IOI Mall Damansara dan IOI Mall Kulai. Berlangsung sehingga 5 April 2026, kempen ‘Meriah Aidilfitri’ menyatukan warisan tradisi, sentuhan kesenian dan keceriaan buat seisi keluarga.
Nafas Baharu Sambutan Raya Menerusi Kolaborasi Seni
Menerusi kempen ‘Meriah Aidilfitri’, IOI Malls mengangkat martabat warisan melalui kerjasama dengan pengasas Novak Batik, Farah Mohan. Farah yang mahir menggabungkan pelbagai elemen seni menonjolkan interpretasi unik kepada batik klasik dengan sentuhan berus yang dinamik dan lapisan warna yang halus, sekali gus menyerlahkan estetika moden yang cukup menawan.
Farah menterjemah keunikan flora, fauna dan nostalgia desa ke dalam bentuk karya visual yang menyeluruh di setiap rangkaian IOI Malls. Melalui penggunaan motif bersaiz besar, siluet abstrak dan instalasi interaktif, pengunjung dipelawa untuk bukan sekadar melihat, malah berinteraksi serta merasai sendiri kehebatan seni kreatif yang ditampilkan pada tahun ini.
Menerusi kempen ‘Meriah Aidilfitri’, kami ingin meraikan kemeriahan, keriangan dan kebersamaan di Hari Raya. Kerjasama dengan Farah Mohan pula menjadi wadah buat kami meraikan tradisi dan memperkasakan penggiat seni tempatan, di samping mempersembahkan identiti budaya Malaysia dalam nafas baru yang lebih moden,” ujar Chris Chong, Ketua Pegawai Operasi Pelaburan Hartanah (Malaysia), IOI Properties.

IOI City Mall Putrajaya: Warisan Kontemporari Yang Mekar Berseri
Di IOI City Mall Putrajaya, kemeriahan Aidilfitri dizahirkan menerusi instalasi yang diilhamkan oleh kekayaan biodiversiti Malaysia, di mana elemen flora dan fauna menjadi tarikan utama.

Suasana artistik ini disemarakkan lagi dengan barisan persembahan tradisional bermula 1 Mac hingga 5 April, termasuk Dikir Barat, Tarian Kuda Kepang, demonstrasi Silat secara langsung serta perarakan Kompang di sepanjang Symphony West dan East.

Buat penggemar seni, pameran khas oleh Farah Mohan akan berlangsung dari 27 Februari hingga 5 April di LG, East Wing. Pengunjung juga berpeluang menyertai masterclass batik eksklusif bersama artis tersebut pada 7 dan 14 Mac – satu peluang keemasan untuk menghasilkan karya batik di ruang yang dikelilingi oleh ciptaan seni beliau.

IOI Mall Puchong: Bingkisan Tradisi Raya Yang Anggun
IOI Mall Puchong menarik perhatian dengan gerbang berinspirasikan motif Arab, corak geometri serta lapisan motif perayaan berlatarkan rona biru firus dan emas yang anggun. Simbol ikonik Raya, termasuk kuih-muih tradisional dan elemen bunga yang halus menambahkan kemeriahan suasana perayaan.

Bermula 1 Mac hingga 5 April, persembahan kebudayaan seperti Kompang, Gamelan Nusantara dan Tarian Inang bakal menghidupkan lagi suasana, seiring dengan keindahan tradisi yang dizahirkan mengikut tema kempen Raya tahun ini. Pengunjung juga boleh menyerlahkan kreativiti melalui bengkel Lukisan Kanvas Raya, Kraf Miniatur Kuih dan Kraf Membuat Sampul Raya dari 21 hingga 27 Mac.

Sebagai keistimewaan tambahan, pengunjung yang membeli-belah di IOI Mall Puchong turut akan menerima dua tiket menaiki kereta api percuma dengan setiap penebusan.

IOI Mall Damansara: Gabungan Seni Dan Nostalgia
IOI Mall Damansara menghidupkan kempen ‘Meriah Aidilfitri’ dengan bingkisan tulus yang mencerminkan kemeriahan dan keceriaan Hari Raya Aidilfitri. Elemen berinspirasikan kampung, motif kuih raya serta gerbang yang anggun dipadukan dengan interpretasi batik kontemporari oleh Farah Mohan menyemarakkan lagi suasana perayaan di Aras CC, Centre Court.

Antara tarikan utama yang memikat hati ialah instalasi eksklusif ‘Pillow Wall’, yang menampilkan bantal bercorak batik hasil sentuhan artis tempatan ternama, Farah Mohan. Bantal batik edisi terhad ini juga boleh didapati sebagai Hadiah Dengan Pembelian (Gift with Purchase) sekali gus menjadikannya cenderahati unik untuk meraikan ekspresi seni dan warisan yang malar segar.

Bermula 28 Februari hingga 5 April, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai persembahan kebudayaan seperti Kumpulan Irama Melayu Ghazal Asli dan Soloist Grand Angklung, di samping kemunculan maskot Ketupat yang akan menceriakan suasana.
Pengunjung juga boleh menyerlahkan kreativiti melalui bengkel hiasan 3D Hari Raya Deco Stand, rantai kunci tanah liat (Clay Keychain), 3D Clay Raya Board serta lukisan batik dari 1 Mac hingga 5 April.

IOI Mall Kulai: Kemeriahan Berwarna-warni dan Keriangan Sekeluarga
IOI Mall Kulai memeriahkan kempen ‘Meriah Aidilfitri’ dengan dekorasi yang ceria dan interaktif, menampilkan elemen ikonik Raya yang diterjemahkan melalui batik lukisan Farah Mohan. Daripada motif yang berwarna-warni hingga ke instalasi yang menarik, ruang ini menjemput seisi keluarga untuk mendalami semangat perayaan dan mencipta momen indah bersama di Hari Raya Aidilfitri ini.

Muzik dan tawa riang memenuhi segenap ruang IOI Mall Kulai melalui pelbagai persembahan serta aktiviti yang pastinya menghiburkan pengunjung dewasa mahupun kanak-kanak. Bertempat di GF, Centre Atrium, pada tarikh terpilih dari 8 Mac hingga 5 April, marilah saksikan bersama tarian daripada kumpulan Joget Sekampung Hari Raya dan Tarian Silat, gabungan seni tari dan bela diri tradisional. Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti yang disediakan seperti Karikatur Raya, Lukisan Muka Raya dan persembahan Silap Mata bertemakan Hari Raya.

IOI Mall Kulai turut menganjurkan bengkel eksklusif Lukisan Kanvas Batik yang terbuka kepada 15 peserta sehari secara ‘siapa cepat, dia dapat’ pada jam 2 petang, 28 Februari, 7 Mac, dan 23 Mac.
Menjelang Aidilfitri, pengunjung juga berpeluang menerima bingkisan istimewa untuk berbuka puasa. Sila kunjungi Kaunter Pertanyaan di Aras Bawah bagi mendapatkan pemberian Ramadan percuma bermula jam 2 petang, agihan buah kurma setiap hari jam 5 petang serta bubur lambuk pada hujung minggu bermula jam 5 petang.

Ganjaran Raya Menanti Anda
Selain daripada keindahan visual dan suasana perayaan, ahli CLUB IOI berpeluang menebus ganjaran Raya eksklusif dari Plushie Charm Blind Box hingga ke bantal bercorak batik hasil sentuhan artis tempatan ternama, Farah Mohan. Pemegang Kad Kredit AEON turut menikmati keistimewaan dengan had penebusan yang lebih rendah. Muat turun aplikasi CLUB IOI dan daftar sebagai ahli hari ini untuk mula menikmati pelbagai ganjaran perayaan.

Kempen ‘Meriah Aidilfitri’ merupakan inisiatif yang disusun khas untuk menyemarakkan lagi semangat perayaan buat pengunjung dari segenap lapisan umur. Sama ada untuk membeli-belah mahupun sekadar merasai keunikan suasana, IOI Malls mengalu-alukan kehadiran anda untuk meraikan perayaan penuh kesyukuran dan kebersamaan ini dalam satu pengalaman yang cukup istimewa.
