ubatcukup14_BHfield_image_socialmedia.var_1776141619

Kuala Lumpur – Bekalan ubat-ubatan kritikal di negara ini termasuk insulin dan vaksin berada pada tahap stabil dan mencukupi bagi menampung keperluan rakyat buat masa ini.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perkhidmatan Farmasi), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr. Azwana Ramli berkata stok ubat sedia ada mampu menampung keperluan sekurang-kurangnya sehingga Jun ini hasil pemantauan rapi dan pengurusan bekalan yang sistematik.

“Fasiliti KKM mempunyai simpanan antara satu hingga dua bulan, selain sokongan syarikat konsesi logistik, Pharmaniaga yang turut menyimpan stok sehingga dua bulan mengikut kontrak,” katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV pada Khamis.

Menurutnya, langkah mitigasi termasuk penggunaan alternatif rawatan akan dilaksanakan sekiranya berlaku gangguan bekalan.

Mengulas kenaikan harga ubat, beliau berkata kesannya masih terkawal ketika ini, namun peningkatan kos bahan mentah dan logistik dijangka memberi impak dalam jangka panjang, khususnya di sektor swasta.

Sehubungan itu, kerajaan akan memastikan mekanisme bersesuaian dilaksanakan bagi mengimbangi beban antara pembekal dan pengguna.

Dalam masa sama, KKM memperkenalkan inisiatif keterjaminan ubat termasuk dasar MyMedSecure bagi memperkukuh industri farmaseutikal tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada import.

Langkah itu turut melibatkan penambahbaikan keseluruhan rantaian bekalan serta pengukuhan kerjasama peringkat ASEAN bagi memastikan bekalan ubat kekal terjamin.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading