TB_Sultan Ibrahim Dave Williams_FB

JOHOR BAHRU – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima kunjungan Dave Williams, yang merupakan cucu kepada William Hanna, pencipta bersama siri animasi kartun popular The Flintstones, The Jetsons dan ribuan lagi watak kartun.

Menurut hantaran di laman Facebok Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Pasir Pelangi, di sini.

Williams yang bertugas sebagai Kaunselor Ekonomi di Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia turut melawat Istana Flintstones di Mersing, semalam.

SULTAN IBRAHIM TERIMA KUNJUNGAN DAVE WILLIAMS - CUCU PENCIPTA BERSAMA LEGASI KARTUN THE FLINTSTONES -- FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Williams turut melawat Istana Flintstones di Mersing, semalam. – Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Seri Paduka Baginda kerana diberi peluang untuk melawat Istana Flintstones, yang dibina berinspirasikan siri kartun berkenaan.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading