HONOR-Magic-V6-Opens-for-Early-Bird-Bookings-KV-Landscape

Jenama teknologi global, HONOR, secara rasmi membuka tempahan awal untuk telefon pintar lipat premium terbaharunya, HONOR Magic V6, menjelang pelancaran rasmi di Malaysia pada 4 Jun 2026. Peranti ini mula mencuri perhatian ramai selepas beberapa demonstrasi ketahanan ekstremnya tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

Berbeza dengan kebanyakan kempen telefon pintar yang sering menekankan aspek kamera atau kecerdasan buatan (AI), HONOR memilih untuk mengetengahkan ketahanan fizikal Magic V6. Antara demonstrasi yang mencetuskan perhatian ialah apabila telefon lipat tersebut digunakan untuk menarik pesawat seberat 1.25 tan dan sebuah kereta Ferrari, sekali gus cuba mematahkan persepsi bahawa telefon lipat mudah rosak atau rapuh.

Ketahanan itu disokong oleh teknologi engsel baharu dikenali sebagai Super Steel Hinge yang dikatakan mempunyai kekuatan tegangan sehingga 2,800 MPa. HONOR turut mendakwa engsel tersebut telah melepasi ujian lipatan sebanyak 500,000 kali, memberikan keyakinan terhadap penggunaan jangka panjang.

Dari segi perlindungan, Magic V6 dilengkapi teknologi Anti-scratch NanoCrystal Shield pada skrin luaran serta lapisan Ultra-Tough Glass (UTG) untuk skrin dalaman. Peranti ini juga hadir dengan penarafan kalis air dan habuk IP68 serta IP69, sesuatu yang masih jarang ditawarkan dalam kategori telefon lipat premium.

Berdasarkan spesifikasi global, HONOR Magic V6 dijangka hadir dengan paparan utama LTPO AMOLED 7.95 inci, skrin luar 6.52 inci, cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, memori sehingga 16GB RAM dan bateri besar 6,600mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W berwayar serta 66W tanpa wayar.

Bagi tempahan awal di Malaysia yang berlangsung dari 26 Mei hingga 3 Jun 2026, pelanggan hanya perlu membayar deposit RM300 untuk menempah peranti tersebut. Pembeli awal turut ditawarkan hadiah misteri premium bernilai sehingga RM3,797 selain menerima HONOR Magic Pen bernilai RM499 secara percuma.

Pelancaran rasmi HONOR Magic V6 dijadual berlangsung pada 4 Jun 2026 jam 7 malam menerusi siaran langsung Facebook rasmi HONOR Malaysia.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading