Main Visual

Apabila bercakap tentang kesihatan, ramai antara kita masih mempunyai mentaliti “alah, saya okey lagi” sehinggalah sesuatu benar-benar berlaku. Biasanya hanya apabila doktor memberitahu tekanan darah sudah tinggi, kolesterol meningkat atau tahap stres semakin membimbangkan, barulah kita mula mengambil serius tentang kesihatan.

Namun, dengan gaya hidup harian masa kini yang banyak duduk di pejabat, melayari media sosial sehingga lewat malam, sesi lepak di mamak yang kerap serta tabiat makan apa sahaja yang mudah didapati, penjagaan kesihatan secara pencegahan menjadi semakin penting berbanding sebelum ini.

Sebab itulah teknologi boleh pakai (wearable tech) kini semakin berguna dalam kehidupan seharian. Peranti seperti Samsung Galaxy Watch bukan lagi hanya untuk mereka yang aktif bersukan atau peminat kecergasan. Sebaliknya, ia semakin berfungsi sebagai teman kesihatan peribadi yang membantu kita memantau tahap kesejahteraan diri sebelum masalah kecil bertukar menjadi isu yang lebih serius pada masa hadapan.

Daripada pemantauan kadar denyutan jantung, bacaan ECG, tahap oksigen dalam darah hinggalah penjejakan tidur, pelbagai maklumat harian ini membantu kita memahami keadaan tubuh badan dengan lebih baik. Kadangkala kita sendiri tidak sedar betapa sedikitnya waktu tidur yang diperoleh atau setinggi mana tahap stres yang dialami sehingga melihat data tersebut dengan mata sendiri.

Malah, perkara mudah seperti mengenal pasti corak tidur yang tidak berkualiti atau tahap stres yang meningkat boleh mendorong kita membina tabiat yang lebih sihat secara beransur-ansur. Mungkin dengan tidur lebih awal, berjalan lebih banyak, mengurangkan minuman manis atau akhirnya berhenti menangguhkan azam untuk mula berdiet.

Hakikatnya, perkara ini sangat relevan dengan kehidupan masyarakat hari ini. Semakin ramai berdepan tekanan, keletihan melampau (burnout), obesiti, diabetes dan penyakit berkaitan jantung, terutamanya dalam suasana kehidupan yang semakin sibuk dan mencabar.

Masalahnya bukan kerana kita tidak tahu tentang kepentingan kesihatan. Kebanyakan daripada kita sudah pun sedar mengenainya. Namun, mengekalkan disiplin dan konsistensi menjadi cabaran apabila tuntutan kehidupan harian semakin padat.

Di sinilah teknologi boleh pakai memainkan peranan penting. Daripada menunggu sehingga jatuh sakit sebelum panik dan mendapatkan rawatan, kita boleh mula membentuk gaya hidup yang lebih sihat melalui peringatan kecil dan pemantauan harian yang mudah disesuaikan dengan rutin seharian.

Secara tidak langsung, menjaga kesihatan menjadi sesuatu yang lebih mudah, kurang membebankan dan lebih praktikal untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

Pada akhirnya, penjagaan kesihatan secara pencegahan sebenarnya bermula dengan perkara-perkara kecil yang kita lakukan setiap hari. Kadangkala, apa yang diperlukan hanyalah sedikit peringatan untuk bangun dan bergerak, mendapatkan tidur yang mencukupi atau memperlahankan rentak apabila kehidupan menjadi terlalu sibuk.

Kini, teknologi semakin memainkan peranan sebagai “kawan” tambahan yang membantu kita menjaga kesihatan sebelum sesuatu masalah menjadi lebih serius.

Promosi Hebat Sepanjang Jun!

Dari 11 Mei hingga 21 Jun 2026, pelanggan yang layak dan membeli Samsung Galaxy Watch Ultra berpeluang menerima hadiah percuma berupa Galaxy SmartTag2 bernilai RM149 serta Pengecas Kuasa 15W tanpa kabel bernilai RM59.

Jangan lepaskan peluang ini! Layari kedai dalam talian Samsung atau kunjungi Samsung Experience Store dan peruncit sah Samsung yang berhampiran untuk mendapatkan maklumat lanjut hari ini.

Layari https://www.samsung.com/my/watches/galaxy-watch/galaxy-watch-ultra-2025-47mm-titanium-blue-lte-sm-l705fzb1xme/ untuk dapatkan Samsung Galaxy Watch Ultra.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading