WhatsApp Image 2026-06-14 at 12.09.21

Kuala Lumpur – Istana Sakura Hall secara rasminya membuka tirai operasinya di Plaza SG Mas, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Majlis pembukaan penuh prestij itu menghimpunkan pelbagai tetamu kehormat termasuk rakan strategik industri, usahawan, pempengaruh media sosial, penggiat seni, selebriti tempatan serta wakil media yang hadir bagi membuat liputan rasmi acara berkenaan.

Menambahkan lagi kemeriahan malam istimewa tersebut ialah penampilan khas penyanyi popular tanah air, Amelina, yang memukau para hadirin menerusi persembahan bertenaga dan penuh karisma. Kehadiran beliau menjadi antara tarikan utama yang menyerlahkan suasana glamor dan eksklusif sepanjang majlis berlangsung.

Turut memeriahkan acara ialah pasangan bakal pengantin yang mengambil kesempatan untuk meninjau sendiri keindahan serta kemudahan yang ditawarkan oleh Istana Sakura Hall. Mereka berpeluang melihat dengan lebih dekat konsep dewan yang direka khas bagi memenuhi keperluan majlis perkahwinan moden dan acara berprofil tinggi.

Dewan Mewah Dengan Konsep Elegan

Pengasasnya, Irni Rosleh berkata, Istana Sakura Hall tampil dengan konsep dewan yang mewah, moden dan elegan, mampu menampung sehingga 500 tetamu dalam satu-satu masa. Kapasiti yang besar serta susun atur ruang yang selesa menjadikannya pilihan ideal untuk pelbagai jenis acara seperti majlis perkahwinan, resepsi, makan malam korporat, seminar, pelancaran produk dan acara eksklusif lain.

Pengasas Istana Sakura Hall, Irni Rosleh

“Kami ada 2 buah dewan di Plaza Sg Mas iaitu Istana Sakura Hall dan Istana Safwa Hall dimana pelanggan boleh membuat pilihan berdasarkan jumlah tetamu dan tema yang dicadangkan.

“Servis kami ‘all in one’ dari penyediaan dewan, katering, andaman, dekorasi sehinggalah penyediaan cendera hati kepada pengunjung, dan ini membolehkan pelanggan tidak perlu berfikir dan tercari-cari servis lain kerana semuanya ada disediakan. Pelanggan juga boleh ‘customize’ mengikut bajet sendiri” katanya dalam sidang media disini petang sabtu.

Tambahnya, Istana Sakura Hall menawarkan pelbagai kemudahan dan keistimewaan yang direka untuk memberikan pengalaman majlis yang sempurna kepada pelanggan. Dewan ini menampilkan dekorasi glamor dan eksklusif yang dipadankan dengan pelamin LED moden serta hiasan kristal mewah, sekali gus mewujudkan suasana elegan dan berprestij.

Ruang dewan yang luas dengan siling tinggi memberikan keselesaan kepada tetamu, manakala sistem pencahayaan profesional membantu menyerlahkan lagi keindahan setiap acara yang berlangsung.

Selain itu, kemudahan parkir yang mencukupi, surau dan tandas yang mudah diakses turut disediakan bagi memastikan keselesaan para tetamu. Bagi melengkapkan pengalaman majlis, Istana Sakura Hall juga menawarkan perkhidmatan katering berkualiti tinggi yang memenuhi pelbagai cita rasa dan keperluan pelanggan.

Bagi memudahkan pelanggan merancang majlis tanpa perlu berurusan dengan pelbagai vendor, Istana Sakura Hall menyediakan pakej lengkap “all-in-one” bermula daripada RM29,900. Pakej ini merangkumi penggunaan dewan eksklusif, pelamin premium, katering dan hidangan untuk tetamu, busana pengantin serta khidmat solekan profesional.

Pengasas Istana Sakura Hall, Irni Rosleh dan suaminya yang merupakan Pengasas bersama, Suhaimi Muhamad bersama kakitangannya.

Sementara itu, pelanggan turut menikmati kemudahan sistem PA dan audio, khidmat pengacara majlis (emcee), perkhidmatan jurugambar, susun atur khas untuk tetamu VIP, krew layanan tetamu serta khidmat penyelaras acara profesional yang akan memastikan perjalanan majlis berlangsung dengan lancar dan teratur dari awal hingga akhir.

Dengan gabungan kemudahan moden, pakej komprehensif serta lokasi strategik di Kuala Lumpur, Istana Sakura Hall dilihat berpotensi menjadi antara destinasi pilihan utama bagi pasangan pengantin dan penganjur acara yang menginginkan pengalaman majlis yang elegan, eksklusif dan berkelas.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading