Kuala Lumpur – AKEMI terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju inovasi dalam industri kelengkapan rumah menerusi pelancaran AKEMI Sleep Sync AI Mattress, tilam berkuasa Kecerdasan Buatan (AI) pertama yang dibangunkan di Malaysia.
Pelancaran yang berlangsung di KLCC Exhibition Hall 5 itu bukan sekadar memperkenalkan produk baharu, malah menandakan langkah AKEMI dalam memperkenalkan sistem tidur pintar yang mampu memahami, menyesuaikan diri dan bertindak balas mengikut keperluan individu secara masa nyata.

Majlis tersebut menghimpunkan wakil media, tetamu jemputan, rakan kolaborasi serta pempengaruh, selain dihadiri barisan kepimpinan AKEMI termasuk Ketua Pegawai Komersial, Koay Ching Mun dan Pengurus Besar, Kohlson Ong.
Turut hadir ialah penyelidik dari Universiti Malaya (UM), antaranya Profesor Ir. Dr. Mohd Faizul Mohd Sabri, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi (Pejabat TDR), serta Dr. Chan Chow Khuen, Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan.
AKEMI Sleep Sync dilengkapi Smart AI Chip yang mampu mengesan titik tekanan badan, pergerakan serta corak pernafasan pengguna secara masa nyata. Teknologi itu membolehkan tilam melaras tahap sokongan secara automatik mengikut perubahan posisi tidur sepanjang malam, sekali gus membantu mengurangkan tekanan pada tulang belakang, meningkatkan kualiti tidur serta menyokong proses pemulihan badan.
Berbeza dengan tilam konvensional yang menawarkan sokongan statik, Sleep Sync menggunakan sistem AI yang mampu memantau dan melaras sokongan secara aktif berdasarkan berat badan, posisi serta pergerakan pengguna.

Tilam pintar itu turut dilengkapi pelbagai fungsi termasuk Auto Mode, Sleep Aid, Anti-Snore, Reading, Zero Gravity, Wake Up Alarm, Relax Legs dan Head Up, selain ciri Sleep Score yang membolehkan pengguna menilai kualiti tidur mereka setiap hari.
Bagi melengkapkan pengalaman pengguna, Sleep Sync turut menawarkan lampu sensor bawah katil, pengecas tanpa wayar serta sarung divan yang boleh ditanggalkan dan dicuci.
Ketua Pegawai Komersial AKEMI, Koay Ching Mun berkata, pelancaran Sleep Sync mencerminkan komitmen syarikat dalam memperkenalkan inovasi yang memberi nilai tambah kepada kehidupan pengguna.
“Di AKEMI, kami percaya tidur yang berkualiti merupakan asas kepada kesihatan dan kesejahteraan. Dengan AKEMI Sleep Sync, kami bukan sekadar memperkenalkan tilam, tetapi satu penyelesaian tidur yang mampu memahami dan menyesuaikan diri dengan keperluan setiap individu secara masa nyata. Kami yakin inovasi ini akan mengubah cara masyarakat melihat tidur sebagai pelaburan penting untuk kesihatan dan kualiti hidup yang lebih baik,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar AKEMI, Kohlson Ong berkata, pembangunan Sleep Sync adalah hasil penyelidikan yang memfokuskan kepada keperluan pengguna moden yang mahukan pengalaman tidur lebih pintar dan responsif.

Menurut beliau, berbanding tilam konvensional atau kebanyakan tilam AI yang hanya memantau corak tidur, AKEMI Sleep Sync mampu melaras tahap sokongan secara aktif berdasarkan pergerakan dan posisi pengguna dalam masa nyata, sekali gus menawarkan pengalaman tidur yang lebih stabil, selesa dan diperibadikan.
Keunggulan inovasi tersebut turut diiktiraf apabila AKEMI menerima Platinum Award bagi kategori Best Mattress & Bedding Innovation serta Honourable Mention bagi kategori Best AI Technology pada Atap Design Award, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju inovasi tempatan bertaraf antarabangsa.
Orang ramai kini boleh merasai sendiri pengalaman menggunakan AKEMI Sleep Sync di beberapa lokasi terpilih, termasuk ED Shop Ipoh, AKEMI Home Sunway Pyramid, AKEMI Home Suria Sabah, AKEMI Home The Spring, AKEMI Sleep Studio Seapark Petaling Jaya dan AKEMI Sleep Studio IOI City Mall.
Dengan slogan “Personalised Sleep, Powered by AI”, AKEMI Sleep Sync membuka lembaran baharu dalam industri tidur pintar menerusi gabungan teknologi AI dan inovasi tempatan bagi menawarkan pengalaman tidur yang lebih diperibadikan, selesa dan berkualiti.
