FB_IMG_1786673297781

PUCHONG, 13 Ogos: Rasa ikonik lemon dan limau nipis yang sinonim dengan minuman berkarbonat Sprite kini tampil dengan kelainan menerusi pengenalan Sprite Chill Lemon-Limau Nipis dan Pudina.

Pengarah Pemasaran Coca-Cola Malaysia, Singapura dan Myanmar, Chrystian Lim berkata, pengenalan Sprite Chill merupakan sebahagian usaha syarikat untuk terus berkembang seiring perubahan cita rasa pengguna.

“Sprite sememangnya dikenali dengan rasa ikonik lemon-limau nipis, tetapi kali ini kami mahu memperkenalkan sesuatu yang sangat berbeza.

“Inovasi terbaharu itu mengekalkan profil rasa lemon dan limau nipis yang dikenali penggemarnya, namun digabungkan dengan sensasi dingin pudina bagi menawarkan pengalaman rasa yang lebih menyegarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Sprite Chill Lemon-Limau Nipis dan Pudina bersama 7-Eleven Malaysia, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Chrystian berkata kerjasama dengan 7-Eleven Malaysia turut memberi peluang kepada pengguna di seluruh negara untuk mencuba sendiri inovasi terbaharu berkenaan.

Menurutnya, pengenalan produk itu turut mencerminkan komitmen Coca-Cola untuk terus membawa inovasi dan pengalaman baharu yang dekat dengan cita rasa serta gaya hidup pengguna tempatan.

Majlis pelancaran itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti interaktif, termasuk sesi mencuba Sprite Chill bersama padanan makanan pedas, permainan bertemakan perisa serta aktiviti bergambar.

Aktiviti berkenaan mengetengahkan gabungan sensasi pudina yang menyejukkan dengan rasa lemon-limau nipis Sprite, sekali gus memberikan pengalaman berbeza kepada pengguna.

Sprite Chill Lemon-Limau Nipis dan Pudina mula ditawarkan secara eksklusif di semua cawangan 7-Eleven di seluruh negara sejak 1 Ogos lalu. 

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading