3672374

Kuala Lumpur – Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle) menyambut Belanjawan 2027 serta peruntukan sebanyak RM41 juta bagi memperkukuh pelaksanaan Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup (SUPER), di samping menyokong pembangunan prototaip dan pengkomersialan inovasi tempatan.

Peruntukan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memperkukuh ekosistem inovasi negara, mempercepat transformasi digital serta memperluas penembusan teknologi “Made by Malaysia” ke pasaran serantau dan global. Melalui peningkatan akses kepada pembiayaan, peluang pengkomersialan, pembangunan keupayaan serta jaringan pasaran, Belanjawan 2027 menyediakan asas yang lebih kukuh bagi membolehkan startups berkembang, meningkatkan daya saing dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan.

“Malaysia telah membina asas yang kukuh melalui pembangunan bakat keusahawanan, teknologi dan syarikat berinovasi. Belanjawan 2027 memberi peluang kepada kita untuk melangkah ke fasa seterusnya dengan membantu syarikat tempatan mengkomersialkan inovasi, memperoleh pelanggan, menarik pelaburan serta mengembangkan perniagaan melangkaui pasaran domestik,” kata Norman Matthieu Vanhaecke, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle.

“Keutamaan kami adalah untuk memastikan pembiayaan awam menghasilkan kesan pengganda kepada ekosistem. Dengan menghubungkan modal kepada peluang komersial, permintaan industri korporat dan pasaran antarabangsa, kita dapat memperkasakan lebih banyak inovasi tempatan menjadikan startups Malaysia yang berdaya saing di peringkat global, sekali gus mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi, menarik pelaburan sektor swasta dan menyumbang secara bermakna kepada pertumbuhan ekonomi negara,” katanya lagi.

Cradle akan terus memacu agenda ini melalui tiga (3) pendekatan utama yang saling melengkapi:

  1. Menyediakan pembiayaan bersasar bagi menyokong pertumbuhan startups;
  2. Memperkukuh keupayaan startups untuk membangunkan perniagaan yang
    berprestasi tinggi; dan
  3. Memperkasakan jaringan ekosistem bagi memperluas akses pasaran dan
    peluang pembiayaan.
    Selaras dengan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), Cradle berhasrat
    membangunkan ekosistem startups yang lebih bersepadu bagi membolehkan syarikat
    tempatan membina asas perniagaan di Malaysia, mengkomersialkan inovasi dengan
    jayanya, berkembang ke pasaran serantau serta bersaing di peringkat global. Usaha
    ini akan terus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab teknologi dan startups
    yang terkemuka di peringkat serantau dan global.

Leave a Reply