Outlook-yew0yxdl

Sebagai peranti pertama dalam siri Galaxy S26 yang dilancarkan dengan One UI 9, Galaxy S26 FE menggabungkan keupayaan kamera canggih, pengalaman Galaxy AI dan ciri produktiviti pintar dalam satu peranti.

Dibina berasaskan prestasi yang boleh diharapkan, Galaxy S26 FE menawarkan masa main balik video sehingga 29 jam, pengecasan tanpa wayar serta sokongan tujuh generasi peningkatan sistem operasi (OS) dan kemas kini keselamatan selama tujuh tahun. Peranti ini direka untuk menyokong keperluan pengguna dalam jangka masa panjang.

Kebanyakan kumpulan rakan mempunyai individu dengan personaliti berbeza yang memainkan peranan tersendiri. Ada rakan yang sentiasa teratur dan mengetahui perkembangan terkini, ada yang gemar merakam setiap kenangan, ada yang sentiasa mempunyai jawapan kepada setiap persoalan, dan ada juga yang boleh diharapkan dalam apa jua keadaan.

Dilengkapi Galaxy AI, ciri produktiviti pintar dan keupayaan kamera berkuasa, Samsung Galaxy S26 FE menawarkan pengalaman Galaxy bertaraf perdana yang memfokuskan perkara paling penting dalam kehidupan seharian. Daripada membantu pengguna kekal produktif sepanjang hari hingga merakam detik bermakna dan mengekspresikan kreativiti, peranti ini direka untuk menjadi teman yang boleh diharapkan.

Rakan yang Sentiasa Mengetahui Perkembangan Terkini

Dalam setiap kumpulan rakan, pasti ada individu yang sentiasa selangkah ke hadapan. Sama ada mengingati tarikh akhir tugasan, membuat persediaan untuk mesyuarat kerja, merancang aktiviti hujung minggu atau mengingatkan semua orang tentang hari lahir yang bakal tiba, merekalah yang memastikan segala urusan berjalan lancar.

Galaxy S26 FE memainkan peranan tersebut menerusi ciri pintar yang membantu pengguna mengurus rutin harian dengan lebih teratur.

Sebelum memulakan hari, ciri Now Brief memaparkan maklumat peribadi yang relevan secara ringkas, termasuk acara akan datang dalam kalendar, ramalan cuaca dan sorotan harian dalam satu paparan. Ini membolehkan pengguna mengetahui perkara penting sebelum memulakan aktiviti mereka.

Selain memberikan maklumat berguna, Now Nudge turut menawarkan cadangan tepat pada masanya berdasarkan aktiviti pengguna. Ciri ini membantu memudahkan tugasan harian, termasuk menambahkan tarikh mesyuarat yang dibincangkan dalam perbualan terus ke kalendar serta mendapatkan semula nota dan gambar yang pernah disimpan dalam galeri dengan pantas.

Rakan yang Merakam Setiap Detik Istimewa

Dalam setiap kumpulan, pasti ada individu yang memastikan setiap kenangan dirakam untuk dikenang pada masa hadapan. Sama ada percutian hujung minggu bersama rakan, sorakan ketika menyaksikan acara sukan atau sambutan pencapaian kerjaya, merekalah yang merakam detik-detik berharga untuk dikenang bertahun-tahun kemudian.

Galaxy S26 FE dilengkapi ciri kamera pintar yang membantu pengguna merakam, menyunting dan berkongsi detik bermakna bersama insan tersayang.

Bagi merakam persembahan artis kegemaran di konsert, persembahan rakan di atas pentas atau aksi menarik dalam acara sukan, ciri My FanCam membantu memastikan individu yang menjadi tumpuan kekal dalam fokus. Melalui pembingkaian semula rakaman secara pintar berdasarkan subjek yang dipilih, ciri ini memudahkan pengguna menghasilkan video yang diinginkan tanpa perlu melakukan banyak suntingan secara manual.

Sementara itu, Super Steady Video with Horizontal Lock membolehkan pengguna merakam video yang lebih lancar dan stabil, termasuk ketika merakam latihan tarian, sesi senaman atau aktiviti pengembaraan di luar bersama insan tersayang.

Momen terbaik dalam kehidupan juga sering berlaku pada waktu malam, seperti pertemuan selepas waktu bekerja atau majlis yang berlangsung selepas matahari terbenam. Dengan ciri Nightography, Galaxy S26 FE membantu pengguna merakam foto dan video yang terang serta jelas walaupun dalam keadaan pencahayaan rendah.

Selepas merakam sesuatu kenangan, pengguna pastinya mahu berkongsinya dengan orang tersayang. Ciri Photo Assist memudahkan proses penambahbaikan imej dengan membolehkan pengguna melaraskan komposisi, membuang elemen yang mengganggu serta melakukan suntingan menggunakan arahan dalam bahasa semula jadi. Hasilnya, foto harian boleh diolah menjadi kandungan yang lebih menarik untuk dikongsi di media sosial dengan usaha yang minimum.

Selain itu, Gemini Omni membolehkan pengguna mencipta dan menyunting klip video menggunakan foto serta video daripada galeri, sekali gus menukar koleksi kenangan menjadi video yang lebih menarik dan kemas.

Dalam setiap kumpulan rakan, pasti ada individu yang sering menjadi tempat rujukan apabila timbul persoalan. Sama ada mengenal pasti pakaian yang dilihat di internet, mencari tempat untuk membeli aksesori tertentu atau menjejaki restoran yang muncul dalam hantaran media sosial, merekalah yang sering diharapkan untuk membantu.

Galaxy S26 FE menawarkan pengalaman berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang membantu pengguna meneroka dan mendapatkan maklumat dengan lebih mudah serta intuitif.

Dengan ciri Circle to Search with Google, pengguna boleh mencari maklumat tentang beberapa objek dalam satu imej secara serentak. Sebagai contoh, pengguna boleh mengenal pasti pelbagai pakaian atau aksesori yang membentuk sesuatu gaya yang menarik perhatian mereka, sekali gus memudahkan pencarian maklumat berkaitan barangan tersebut.

Rakan Setia yang Sentiasa Boleh Diharapkan

Rakan yang boleh diharapkan ialah individu yang sentiasa ada ketika diperlukan, membantu memastikan segala urusan berjalan lancar dan terus memberikan sokongan meskipun berdepan perubahan jadual, peluang baharu atau pelbagai cabaran kehidupan.

Begitu juga dengan Galaxy S26 FE yang direka dengan penekanan terhadap kebolehpercayaan jangka panjang.

Peranti ini menawarkan masa main balik video sehingga 29 jam untuk menyokong rutin harian yang padat tanpa pengguna perlu terlalu bimbang tentang keperluan mengecas bateri. Sama ada menghadiri kelas, menjalani hari yang sibuk atau meluangkan masa bersama rakan pada waktu malam, Galaxy S26 FE direka untuk mengikuti rentak kehidupan pengguna.

Selain prestasi yang boleh diharapkan, peranti ini turut menawarkan sokongan perisian jangka panjang. Pengguna boleh menikmati sehingga tujuh generasi peningkatan sistem operasi dan tujuh tahun kemas kini keselamatan bermula dari tarikh pelancaran global, memastikan peranti kekal selamat, terkini dan dilengkapi pengalaman terbaharu untuk tempoh yang panjang.

Dengan pengalaman Galaxy AI yang pintar, keupayaan kamera serba boleh dan asas prestasi yang boleh diharapkan, Samsung Galaxy S26 FE direka untuk menyokong pengguna dalam setiap detik kehidupan.

Sama ada untuk mengurus rutin harian, merakam kenangan, mencari jawapan atau menjalani hari yang sibuk, Galaxy S26 FE ialah rakan setia harian yang sentiasa bersedia membantu.

Nota penting mengenai ciri dan ketersediaan

  • Now Brief dan Now Nudge: Memerlukan log masuk Akaun Samsung. Ketersediaan ciri mungkin berbeza mengikut negara, rantau, bahasa, model peranti dan aplikasi yang digunakan.
  • My FanCam: Memerlukan log masuk Akaun Samsung dan keberkesanannya bergantung pada kandungan video serta keupayaan mengesan subjek.
  • Super Steady dan Nightography: Hasil rakaman mungkin berbeza mengikut keadaan pencahayaan, pergerakan subjek dan keadaan penggambaran.
  • Photo Assist: Sesetengah fungsi memerlukan sambungan rangkaian dan log masuk Akaun Samsung. Imej yang dijana mungkin mempunyai tanda air yang menunjukkan penggunaan AI.
  • Gemini Omni: Memerlukan langganan Google AI Pro yang layak. Galaxy S26 FE menyertakan percubaan Google AI Pro selama enam bulan untuk pengguna yang layak. Caj langganan mungkin dikenakan selepas tempoh percubaan jika langganan tidak dibatalkan.
  • Circle to Search with Google: Memerlukan sambungan internet dan hanya tersedia pada peranti serta aplikasi yang disokong.
  • Sokongan perisian: Tempoh dan jadual peningkatan OS serta kemas kini keselamatan mungkin berbeza mengikut model peranti, penyedia rangkaian dan pasaran.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading