IMG-20261120-WA0023

KUALA LUMPUR – Perjalanan pagi penumpang KTM Komuter dari KL Sentral pada Khamis lalu menjadi lebih istimewa apabila mereka menerima minuman percuma menerusi inisiatif promosi Yeo’s Malaysia sempena pelancaran Yeo’s Yeogurt dalam botol baharu 350 mililiter (ml).

Menerusi aktiviti berkenaan, sebanyak 300 botol Yeo’s Yeogurt diagihkan kepada penumpang di dalam tren, manakala orang ramai di KL Sentral turut berpeluang menikmati tiga pilihan perisa minuman itu menerusi edaran lebih 1,000 cawan sampel.

Pengarah Pemasaran Yeo’s Malaysia, Renda Low berkata, pemilihan perkhidmatan KTM Komuter sebagai lokasi kempen mengambil kira kepentingannya sebagai pengangkutan harian golongan pelajar kolej dan universiti serta pekerja yang memulakan rutin harian.

Menurutnya, pengalaman menghadapi fasa baharu dalam kehidupan seperti memulakan pengajian di kolej atau melangkah ke alam pekerjaan menjadi inspirasi kepada kempen ‘Versi Baharu Dirimu’.

“Apabila berdepan dengan sesuatu yang baharu, perkara kecil seperti menikmati minuman kegemaran mampu memberikan keselesaan dan keyakinan untuk menyesuaikan diri.

“Secara tidak langsung, ia mendorong seseorang untuk lebih berani mencuba pengalaman baharu, berkenalan dan menampilkan sisi diri yang mungkin sebelum ini belum pernah diketengahkan,” katanya.

Program berkenaan turut disertai wakil media, pempengaruh dan pencipta kandungan yang menaiki tren bersama penumpang bagi memeriahkan aktiviti promosi.

Selain edaran minuman, pengunjung di KL Sentral berpeluang memenangi hadiah menerusi permainan interaktif ‘Unlock Your New Version’.

Pelancaran kempen itu turut disiarkan secara langsung dari stesen berkenaan dan diadakan serentak dengan majlis khas untuk warga kerja Yeo’s di Shah Alam.

Bagi memperluaskan capaian kempen, Yeo’s turut menampilkan Azeva dan Zaki Yamani menerusi tiga video pendek berdurasi 20 saat setiap satu.

Menggunakan pendekatan penceritaan yang diinspirasikan daripada permainan video, video berkenaan mengetengahkan situasi harian golongan muda, termasuk pengalaman mencari kelas pada hari pertama di kampus, berdepan kesesakan dalam tren serta keletihan selepas seharian bekerja.

Renda berkata, keberkesanan kempen dinilai berdasarkan jumlah produk yang diedarkan, sambutan orang ramai serta maklum balas pengguna selepas mencuba minuman berkenaan.

Bagi aktiviti digital dan siaran langsung pula, syarikat itu turut memantau jumlah tontonan, capaian serta interaksi bagi mengukur penerimaan pengguna terhadap produk dan mesej yang disampaikan.

Yeo’s Yeogurt dalam botol baharu berkapasiti 350ml kini boleh didapati di pasaran menerusi tiga pilihan perisa iaitu Asli, Anggur dan Beri Campuran.

Minuman yang diperakui halal itu turut mengandungi vitamin B6 serta serat diet sebagai sebahagian daripada kandungan nutrisinya.

Leave a Reply