Dalam sepucuk surat yang ditujukan kepada bekas Pengerusi BERSIH 2.0 itu, Annan turut mengucapkan tahniah di atas usaha Maria yang turun padang membantu proses peralihan politik paling bersejarah berlaku di Malaysia.

Katanya, jelas sekali usaha Maria menentang pemerintah untuk mempertahankan demokrasi sehingga ditahan pihak berkuasa tidak sia-sia dan membuktikan beliau bersemangat dan memiliki kekuatan diri yang tinggi.

“Saya juga ingin terus bekerjasama dengan BERSIH bagi menyuburkan lagi proses demokratik di Malaysia. Saya berharap pembabitan dan kerjasama antara Yayasan Kofi Annan dan BERSIH dapat memainkan peranan yang berguna kepada semua,” katanya dalam surat yang dikeluarkan di ibu pejabat Yayasan Kofi Annan yang berpangkalan di Geneva.

Annan turut menegaskan keputusan pilihan raya Malaysia menghantar isyarat harapan rakyat di seluruh dunia, terutama negara yang mana parti pemerintahnya korup bahawa perubahan demokrasi boleh yang direalisasikan secara aman dan damai.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading