KUALA LUMPUR – Watsons Malaysia melangkah lebih jauh dalam usaha mempromosikan gaya hidup sihat apabila dilantik sebagai Rakan Peruncit Rasmi Kesihatan dan Kecantikan HYROX di Malaysia, sekali gus memperluas peranannya dalam menyokong komuniti kecergasan tempatan.
Kerjasama strategik itu dimulakan menerusi acara HYROX Kuala Lumpur sebelum diperluaskan ke enam lagi pasaran utama Asia Pasifik, menjadikan keseluruhannya tujuh pasaran yang terlibat.
HYROX merupakan pertandingan kecergasan antarabangsa yang menggabungkan larian dengan pelbagai cabaran fizikal, sekali gus menarik penyertaan atlet profesional, peminat kecergasan dan individu yang ingin menguji kemampuan diri.
Menerusi kerjasama itu, Watsons bukan sahaja memberi tumpuan kepada keperluan peserta ketika pertandingan, malah berhasrat menggalakkan masyarakat mengamalkan rutin kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri dalam kehidupan seharian.

Pengarah Urusan Serantau bagi Kesihatan dan Kecantikan Asia, Kumpulan AS Watson merangkap Pengarah Eksklusif Serantau Watsons International, Caryn Loh berkata, Malaysia menjadi pasaran pertama memperkenalkan kerjasama berkenaan.
Menurutnya, inisiatif itu mencerminkan komitmen Watsons untuk menjadikan kesihatan dan kesejahteraan sebahagian daripada kehidupan harian masyarakat.
“Melalui kerjasama ini, kami mahu melangkaui sokongan kepada atlet pada hari pertandingan dengan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengambil langkah kecil tetapi bermakna ke arah kehidupan yang lebih sihat dan aktif.
“Sama ada melalui produk yang digunakan, panduan kesejahteraan atau pengalaman bersama Watsons, kami mahu memastikan setiap individu mendapat sokongan untuk tampil yakin, melakukan kebaikan dan berasa hebat,” katanya.
Pelbagai Aktiviti Menarik Sempena HYROX Kuala Lumpur
Bagi memeriahkan HYROX Kuala Lumpur, Watsons Malaysia akan menyediakan pelbagai aktiviti interaktif secara fizikal untuk peserta dan pengunjung sepanjang acara berlangsung.
Antara yang ditawarkan termasuk aktiviti persediaan sebelum pertandingan, perkhidmatan dandanan diri serta kemudahan pemulihan selepas perlumbaan bagi membantu peserta kembali segar.

Pengunjung juga berpeluang meneroka pelbagai produk kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri di reruai Watsons, selain mencuba perkhidmatan terpilih dan menikmati hadiah produk khas untuk ahli Watsons Club.
Dalam masa sama, ahli Watsons Club berpeluang menerima produk wangian menerusi pembelian daripada jenama dandanan lelaki dan kesihatan yang mengambil bahagian, tertakluk pada terma promosi berkenaan.
Watsons turut mengetengahkan rangkaian produk yang menyokong empat peringkat perjalanan kecergasan, iaitu persediaan, prestasi, pemulihan dan pembaharuan diri.
Rangkaian berkenaan merangkumi produk nutrisi sukan, penjagaan kulit dengan perlindungan matahari, keperluan penjagaan diri ketika pertandingan serta produk pemulihan dan penjagaan harian.
Pendekatan itu bertujuan membantu pengguna membuat pilihan yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing, sama ada ketika menjalani latihan, menyertai pertandingan atau mengekalkan rutin kesihatan harian.

Lapan Atlet Wakili Watsons
Turut menjadi tumpuan ialah penyertaan lapan atlet yang akan mewakili Watsons dalam HYROX Kuala Lumpur.
Mereka ialah Julie Woon dan Carey Ng, Hunny Madu dan Francesco, Chris MJ dan Emma Cheng, serta Chee Hong dan Hanzo.
Penglibatan mereka diharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk mencabar kemampuan diri, membina semangat berpasukan dan menjadikan aktiviti fizikal sebahagian daripada gaya hidup.
Selain itu, ahli Watsons Club yang melakukan perjalanan merentasi negara turut berpeluang menikmati manfaat program Watsons Asia One Pass, yang membolehkan mereka mengumpul dan menebus ganjaran di pasaran serantau yang mengambil bahagian.

Secara keseluruhan, kerjasama Watsons dan HYROX mencerminkan usaha memperkukuh hubungan antara kecergasan, kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan, selain membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup aktif.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk kesihatan, kesejahteraan dan penjagaan diri menerusi laman web rasmi Watsons Malaysia di http://www.watsons.com.my.
