KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menawarkan diri sebagai calon Naib Presiden UMNO dalam pemilihan UMNO 2018.

Mahdzir yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam satu kenyataan berkata, pembaharuan dalam semangat jati diri ahli UMNO serta pendekatan parti berkenaan dalam menghadapi cabaran mendatang memerlukan perancangan dan usaha yang bersifat inklusif serta holistik.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah itu berkata, langkah beliau menawarkan diri bertanding demi kelangsungan, kebangkitan dan pemerkasaan teras perjuangan dalam UMNO.

“Saya dengan penuh rasa tanggungjawab serta rendah diri ingin berkongsi semangat, idea dan tenaga bagi memastikan parti keramat kita iaitu UMNO terus diperkasa dengan penuh kejujuran dan keinsafan bagi memperoleh kembali kepercayaan majoriti rakyat, “katanya yang juga Ahli Parlimen Padang Terap.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading