KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia akan ditutup pada 15 Jun sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Dalam satu kenyataan, bursa saham tempatan itu berkata bahawa dagangan akan hanya dibuka untuk sesi pagi pada Khamis. 14 Jun.
Sementara itu, perkhidmatan penjelasan, penyelesaian dan depositori akan beroperasi seperti biasa pada Khamis kerana Bursa Malaysia Sekuriti akan dibuka sehingga penghujung hari dagangan.
Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan beroperasi semula pada 18 Jun.
