Cek sumbangan berkenaan disampaikan kepada Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu, di pejabatnya, di sini.

Pihak korporat terbabit meliputi sebuah syarikat perladangan yang hanya mahu sumbangan disampaikan atas nama Mr Lim, iaitu sebanyak RM2 juta; Tian Siang Holding Sdn Bhd (RM1 juta), Choo Bee Metal Industries Bhd (RM500,000) dan Dewan Perniagaan Cina Malaysia Cawangan Hilir Perak (RM26,000).

Ahmad Faizal berkata, kerajaaan negeri sangat berbangga dengan usaha dan semangat patriotik pihak terbabit menyumbang kepada THM bagi membantu pembayaran hutang negara.

“Kita amat bersyukur, semakin hari semakin ramai tampil menyahut apa yang dinyatakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk sama-sama berusaha mencari jalan menyelamatkan negara.

“Kita sangat berharap ada pihak sudi untuk terus menghulurkan bantuan melalui THM,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi DAP Perak yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming, pula berkata pihaknya sangat berbesar hati kerana usahawan dan badan korporat dari negeri ini adalah antara penyumbang terbesar THM setakat ini sebagai tanda semangat cintakan negara.

Setakat ini, beliau berkata, sebanyak RM5 juta sudah disumbangkan pelbagai syarikat dari Perak bagi mengisi tabung berkenaan.

“Sumbangan hari ini adalah yang terbesar, setakat ini, dan saya berterima kasih jumlah kutipan THM mencecah RM55 juta hanya dalam masa seminggu selepas dilancarkan,” katanya.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading