PUTRAJAYA: Kerajaan mengamalkan dasar tanpa hadiah kepada anggota perkhidmatan awam sebagai usaha menangani rasuah dan ketirisan dalam perkhidmatan awam, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, amalan itu bukan sahaja membabitkan penerima tapi juga pemberi hadiah.

“Sesiapa nak bagi hadiah kepada saya, saya tidak akan terima tapi boleh bagi bunga, makanan, buah tapi tidak lebih daripada itu.

“Kita tolak semua termasuk kereta…kita tolak, dan ini juga bagi pegawai tinggi kerajaan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai keutuhan pengurusan kerajaan di sini, hari ini.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading