PUTRAJAYA: Kerajaan tidak memohon ekstradisi bagi membawa pulang bekas pegawai polis, Sirul Azhar Umar, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, kerajaan mungkin akan mempertimbangkan untuk mengurangkan hukuman Sirul daripada hukuman gantung kepada penjara.

“Sirul tidak akan akan pulang kerana akan digantung, dia mungkin akan pulang jika hukumannya dikurangkan.

“Tapi sekiranya dia masih rasa terancam termasuk bimbang akan dibunuh sekiranya pulang ke negara ini, kita tidak akan paksa dia pulang.

“Kita juga tidak mohon (dengan kerajaan Australia) untuk ekstradisi Sirul,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai keutuhan pengurusan kerajaan di sini, hari ini.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading