KETUA UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini atas pertuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan botol arak menggunakan penukul besi di hadapan pintu pagar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, Selangor tahun lalu.

Pengakuan itu dibuat selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Bagaimanapun, prosiding mahkamah ketika ini ditangguhkan seketika bagi menunggu keputusan hukuman dijatuhkan terhadapnya.

Puluhan penyokong Jamal dilihat hadir ke mahkamah hari ini sebaik saja beliau tiba di pada 9 pagi dari Penjara Sungai Buloh.

Leave a Reply