Syed Saddiq berkata, sekiranya Nur Ilyani dikenakan tindakan, ini bermakna kebebasannya untuk bersuara telah dinafikan.

“Sekiranya ada tindakan terhadap beliau, saya sendiri secara peribadi akan menentangnya.

“Tetapi setakat ini setahu saya belum ada tindakan dikenakan, hanya aduan. Jadi saya berharap Dr. Ilyani tidak dikenakan tindakan. Dalam Malaysia Baharu ini semua pihak berhak bersuara,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan sesi perjumpaan dengan kepemimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) di sini hari ini.