KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara hari ini menolak Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018.

Perkara itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S. A. Vigneswaran, selepas undi belah bahagian menyaksikan 28 anggota dewan tidak menyokong pemansuhan akta itu berbanding 21 yang menyokong, manakala tiga yang lain memilih untuk tidak mengundi.

Usul undi belah bahagian dikemukakan Senator Khairul Azwan Harun sebaik sahaja Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin selesai menggulung RUU itu untuk bacaan kali kedua.

Bagi mengikut Peraturan 45 (4), Vigneswaran kemudiannya mengarahkan loceng dibunyikan selama dua minit bagi membolehkan proses undi belah bahagian dijalankan.

RUU itu yang bertujuan memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 diluluskan di Dewan Rakyat pada 16 Ogos 2018 selepas bacaan kali ketiga. 

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading