“Saya tak nafikannya (I’m not denying on that),”.
“Saya tiada maklumat tentang itu lagi,” katanya apabila ditanya pemberita bila pendakwaan terhadap Rosmah akan dilakukan oleh SPRM.
Beliau berkata demikian selepas berakhirnya proses pendakwaan terhadap Perdana Menteri Najib Razak berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
Berhubung perkara ini, terdahulu, peguam kepada Rosmah, Datuk Geethan Ram, menyatakan beliau tidak menerima sebarang notis daripada mana-mana pihak berhubung laporan pendakwaan yang dijangka akan dikemukakan terhadap anak guamnya.
Siasatan terhadap Rosmah dibuka semula sejak tiga bulan lalu sejurus Barisan Nasional (BN) ditumbangkan dalam PRU 14.
Pada 5 Jun lalu, Rosmah, 66, meluangkan masa lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berhubung kes SRC International Sdn Bhd.
